January 2008

SJ-05-0321 : SOLAT SUNAT TASBIH

Salam,
Bolehkah para panel nyatakan hadis yang menyokong kenyataan mengenai solat ini,disebabkan artikel asal tidak menyatakan walau sebuah hadis pun mengenai solat ini?

SOLAT SUNAT TASBIH

Solat sunat tasbih bertujuan mengakui kesucian Allah S.W.T dari segala yang tidak layak bagiNya atau kekurangan padaNya. Rasulullah SAW menganjurkan umat Islam mengamalkannya setiap malam. Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali, atau setahun sekali, ataupun paling kurang sekali seumur hidup.

SJ-13-0370 : Hijrah

:salam

Apakah hukumnya jika kita berhijrah dari negara umat Islam/Islam contohnya Malaysia kenegara yg diperintah oleh umat kafir seperti UK utk mencari penghidupan yg lebih baik dari segi ekonomi.

Bagaimana pula seorg wanita meninggalkan keluarganya utk menyambung belajar diluar negara contohnya UK. Manakala, suaminya mengambil keputusan utk tinggal dinegara asal sehingga beliau habis belajar. Jika perkara ini tidak dibenar oleh syarie, apakah keputusan yg baik dilakukan olehnya, menyertainya atau macam mana?

sekian

SJ-05-0316 : was-was berpaling dr arah kiblat

setiap kali nak solat,sy akn alami was-was mengenai arah kiblat.sy pksa seboleh mgkin utk berdiri tegak dan lurus sama dgn sejadah.sy pksa kaki utk selurus-lurusnya dgn sejadah.sy tkt kl tak berdiri lurus gitu nanti akan sedikit berpaling dr arah kiblat.dan solat jd tak sah.sy rs ada tak kena pd ilmu pengetahuan sy berkenaan arah kiblat ini.adakah jd kesalahan @ tak sah solat jika kaki kiri kanan tak sama aras?sampai sakit kaki akibat dipaksa2 gitu.solat pon lmbt.asyik kn main dek setan.

SJ-03-0093 : Fiqh Thaharah II

Yang dihormati Ustaz / Tuan (kepada g@y@t)

pertamanya saya minta maaf kerana menggunakan platform ini lagi kerana saya tak dapat pm atau reply pada topic (kemungkinan saya belum jadi member atau saya tidak tahu bagaimana nak buat). saya ada buat transaksi untuk buku tersebut dan kalau boleh saya dapat email ustaz / tuan bagi tujuan pembuktian transaksi.

walaubagaimanapun, saya telah email kepada kedai buku tersebut melalui email seperti email address yg dalam iklan kedai buku tersebut.

sekian terima kasih.

SJ-12-0233 : kaki wanita

pendapat kaki bukan aurat...
pada suatu hari, seorang sahabat duduk bersama rasulullah. tiba2 sahabat tersubut melihat seorang wanita sedang solat dengan kakinya tidak tertutup..sahabat tersebut bertny kepada rasulullah...namun, rasulullah membiarkannya...
ini adalah satu bukti kaki bukan aurat

saya terjumpa hadith ni dalam forum AAN ttp tidak diberikan periwayat dan matan penuh..boleh tak sy nak tahu matan penuh dan periwayatnye?