SJ-05-0317 : Solat Jemaah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0317 : Solat Jemaah

Adakah jawapan tadi bermaksud kita sebenarnya tidak diwajibkan solat berjemaah di masjid? Kalau boleh, ana nak minta pihak thtl agar kemukakan dalil lebih lanjut lagi tentang kewajipan solat berjemaah di masjid bagi kaum lelaki... jazakumullahu khaira

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0317 : Solat Jemaah

al-Jawab:

Sebenarnya (sebelum ini) kami menjawab spesifik mengikut soalan yang diajukan. Pada soalan pertama tempoh hari sdr Ibn Taymiyah47 bertanya dalil WAJIBnya solat jama’ah. Maka kami pun menjelaskan solat jama’ah itu menjadi wajib di sisi madzhab Hanbali, Zahiri dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah. Dari nada soalan anda, anda cenderong menetapkan solat jama’ah di mesjid bagi lelaki adalah wajib sebagaimana madzhab Hanbali. Namun, madzhab yg tiga lagi tak kata wajib. Saya katakan juga dalam jawapan sebelum ini, pendapat yang paling tepat ialah Wajib kifayah ni bermaksud jika solat berjama'ah telah dilakukan oleh sebahagian penduduk qaryah itu (di mesjid), maka hukum wajib itu gugurlah ke atas kesemua mukallaf dalam mukim tersebut (yang tidak pergi mesjid). Madzhab Hanafi kata sunnat mu’akkad (sunat yang diberatkan)..

Nah, sekarang mari kita lihat apa alasan Imam Syafi’iy yang mengatakan fardhu kifayah:
Dalil utama beliau ialah hadith: (terjemahnya)

“solat berjama’ah lebih utama 27 derjat dibandingkan solat persendirian.” HR Bukhari-Muslim
Dalam hadith ini ditonjolkan keutamaan berlipat kali gandanya solat berjama'ah dan baginda tak kata pun solat sendirian itu tidak sah atau tertolak, cuma nilainya amat rendah.

Jadi begitulah cara kita nak melihat hukum wajib atau sunatnya solat jama'ah bagi lelaki, maka kita kena himpunkan semua dalil dalam topik ini dan dari himpunan itulah fuqaha' beristimbath (mengeluarkan hukum) samada statusnya wajib, wajib kifayah atau sunat yang diberatkan (mu'akkad). Saya telahpun menjelaskan, secara peribadi thtl memilih pendapat Imam Syafi'iy, yakni wajib kifayah. sekian