August 2008

SJ-13-0521 : Bermubahalah dengan non-muslim

:salam

Dikatakan Nabi saw pernah mencabar puak Nasrani utk bermubahalah. Soalannya, jika suatu mubahalah itu perlu kita lakukan dengan golongan non-muslim:-

(i) kalau kita kena baca A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. bla.. bla.. bla.., apa & bagaimana pula perlu mereka baca? Terutamanya golongan musyrikin / atheis?

(ii) apakah syarat utk kita panggil mereka bermubalah setelah tiada jalan penyelesaian? Bolehkah kita terus cabar saja mereka?

SJ-13-0464 : Kata2 Suyuti dan Muawiyah Bukan Khalifah?

:salam

Ana nak mintak tlg masyaikh ahkamerz,

1)Ana ada terbaca kata2 yang dinisbahkan pada al-Imam al-Suyuthi ttg khilaf "Apabila kamu berhadapan dgn permasalahan yg diperselisihkan (khilaf), maka keluarlah/elaklah dari perkara khilaf tersebut dan lakukan apa yg benar2 pasti bagi kamu." Ana nak mintak tlg ahkamerz tlg carikan sumber rujukan kata2 ni kalau boleh....

SJ-08-0096 : Qadha Puasa Yang Lepas

:salam

Ustaz,

1. Saya ingin bertanya berkenaan dengan qadha'puasa ramadhan yang telah lamayang masih lagi belum diqadha'kan. Apakah kaedah atau cara untuk melakukannya?
2. Ada yang mengambil jalan mudah untuk qadha puasa ramadhan iaitu dengan membayar fidyah terus, terutamanya kaum lelaki. Apa hukumnya sekiranya seseorang itu masih lagi mampu untuk berpuasa?
3. Bolehkah seseorang anak mengqadha' puasa ramadhan ayahnya yang lepas sedangkan ayahnya masih lagi hidup?

Sekian.

:wassalam

SJ-10-0096 : Kongsi aqiqah dan Korban

:salam ,

Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan dengan Aqiqah dan Qurban:-
1. Bolehkah digabungkan 7 bahagian lembu untuk ibadat aqiqah dan qurban pada hari raya aidiladha? Apa hukumnya?
2. Antara Qurban dan aqiqah, yang mn patut didahulukan?

TQ

:wassalamqiqah

SJ-05-0383 : Tinggal Jumaat Kerana Kerja

:salam

Ade seorang kawan yg sedang bekerja di France tanya pada saya tentang bagaimana nak solat jumaat di tempat kerjanya apabila dia kena travel dari tempat kerjanya ke bandar menaiki bas 30 minit kemudian berjalan kaki 20 minit. Di tempat kerja dia, hanya dia sorang je yg Muslim.

Kesukarannya lagi apabila susah mendapati bas pada waktu tengah hari utk ke bandar tadi (sebab bas hanya ada pada waktu pagi & petang sahaja) dan ade kemungkinan besar boleh tertinggal solat jumaat hanya disebabkan menunggu bas yg tak tentu akan tiba atau tidak.

SJ-10-0095 : Aqiqah luar negara

:salam

Ingin bertanya pandangan panel al-ahkam berkenaan aqiqah yang dilaksanakan melalui syarikat/kumpulan/pertubuhan tertentu yang mengendalikannya di negara luar seperti di Kemboja. Adakah cara tersebut boleh dilaksanakan dan yang mana cara lebih afdhal utk dilaksanakan.

Terima kasih.

SJ-08-0095 : contact lens membatalkan puasa?

:salam
saya ada kemusykilan..
saya seorang yg selalu pakai kanta lekap (contact lense).
boleh kata hari hari sy pakai.
persoalan sy ialah adakah dibolehkan memakai contact lense itu ketika sedang berpuasa??
adakah dgn memakai contact lense menjadi penyebab puasa terbatal??

kalau begitu bagaimanakah untuk terus memakai contact lense tanpa menjejaskan puasa??

sekian terima kasih ...