December 2008

SU-00405 : Gejala download internet..apa pandangan Islam..

:salam

Saya merupakan seorang insan yang turut sering melayari internet. Persoalan saya, apakah pandangan dari sudut ugama Islam tentang gejala download lagu sebagai contoh dari internet? Adakah ia dikira seperti merampas harta orang lain ataupun bagaimana? Kerana sesetengah itu ada hak cipta terpelihara dan mungkin boleh dianggap seperti beli album cetak rompak.

:wassalam

SJ-05-0437 : Duduk di atas dua tumit

:salam

Mohon ahli panel mengulas hadith berikut
Dari Thawus r.a katanya:”Kami bertanya kepada Ibnu Abbas mengenai hukum duduk di atas kedua tumit. Jawab Ibnu Abbas;”Hukumnya sunat.” Kami berkata:”kami lihat janggal (jarang) orang duduk seperti itu.” Jawab Ibnu Abbas:”Tetapi begitulah sunnah nabi s.a.w.”

(Muslim)

Apakah dimaksud duduk antara dua tumit di atas?

SU-00401 : Urgent : Hukum Photographer begini

saya petik dari pertanyaan seorang kawan :

" saya seorang jurugambar perkahwinan. Saya dibayar utk mengambil setiap acara dan scene sebelum dan semasa perkahwinan.
kesnya, beberapa keadaan saya dipanggil oleh pengantin perempuan utk mengambil gambarnya dalam bilik, dalam keadaan dia sedang disolek oleh mak andam.

So, masa tu dia dalam keadaan buka aurat (rambut & leher)...
jadi adakah saya haram/berdosa utk masuk kebilik tu ambil gambar walaupun sy masuk bersama bbrp jurugambar lelaki & pmpuan lain sekali? "

SJ-05-0424 : Imam Sujud Sahwi. Makmum Kena Ikut?

:salam

saya pernah bersolat di sebuah masjid utk solat isya'. selepas rukuk kedua rakaat ketiga, imam terus duduk tahiyat akhir padahal kena bangun utk rakaat keempat padahal makmum yg lain telah bangun. oleh sebab itu imam melakukan sujud sahwi selepas tahiyat akhir(yg betul punya la). Persoalannya, adakah makmum perlu turut melakukan sujud sahwi sama ngan imam walaupun mereka tidak terlupa yakni selepas sujud kedua rakaat ketiga mereka berdiri utk rakaat keempat n bkn seperti imam yg duduk? yg mana guna pakai...perihal kena ikut imam atau perihal x buat salah.

SJ-10-0111 : Hikmah Larang Potong Kuku Sebelum Korban

Assalamualaikum,
Orang yg berniat untuk berkorban dilarang memotong kuku dan rambut dari masuk 1 Zulhijjah sehingga 9 Zulhijjah dan disunatkan berpuasa. Soalannya:

1- Apakah ibadah ini untuk merai' seperti mana orang yang menunaikan haji ?

2- Apakah dilarang juga perbuatan jimak spertimana tempoh tersebut?

minta penjelasan.
Wallahu a'llam