December 2008

SU-00397 : Korban: Sembelih Dua Kali

Assalamualikaum,

Saya ingin tahu bagaimana cara persembelihan korban dilakukan kerana ada satu peristiwa di ceritakan oleh rakan bahawa dia melihat seekor lembu setelah disembelih tidak mati serta merta malah lembu tersebut masih hidup,tetapi datang seorang hamba allh menyembelihnya kali ke dua.
Adakah sah sembelihan tersebut dan dagingnya bolehkah dimakan?

SJ-05-0430 : Hukum melewatkan/melambatkan solat..?

:salam

Abdullah bin Mas'ud telah bertnya kpd Rasulullah SAW: "Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya." Kata Abdullah: "Kemudian apa?" Sabda Rasulullah: "Berbuat baik kpd kedua ibubapa." "Kemudian apa lagi", tnya Abdullah. Jawab Rasulullah, "Berjihad di jalan Allah SWT." - Riwayat Bukhari & Muslim.

Sy ingin bertnya sekiranya melewatkan/melambatkan solat adakah ianya menjadi makruh, membawa ke dosa kecil atau bagaimana? Minta kpd panel mahir menjawabnya, insyaallah. Syukran..

SJ-13-0323 : Kahwin 2 beradik dalam satu tahun hijrah

Assalamualaikum wbt kepada panelis2 al-ahkam..
Soalan saya, adakah larangan di dalam islam 2 beradik bernikah pada satu tahun hijrah yang sama? atau adakah terdapat keburukan2nya? atau ianya hanya kepercayaan orang2 dahulu yang tiada asas?

wslm.

SJ-05-0431 : Guna sejadah bercorak...

:salam
Adakah dilarang menggunakan sejadah yang mempunyai corak/gambar seperti kaabah atau masjid? Ini kerana, ada orang bawa hadis Muslim yang bermaksud lebih kurang begini : Ada sahabat memakai baju yang bercorak ditegur oleh Nabi s.a.w kerana corak baju menganggu kekusyukkan.

:wassalam

SJ-13-0523 : Salam itu adalah doa...

:salam

Moga dirahmati Allah...

Ucapan salam adalah doa....ucapan :salam kepada non muslim adalah di larang sebagaimana jawapan ini...sila rujuk url ini...http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36285&highlight=salam+kepada+non+muslim&sid=f1a0b85d81b7027aef24bdb683bee3b6

SJ-05-0415 : Solat! - Duduk Istirahat

sebelum bangun dari sujud kita disunat kan duduk istirahat. dan semasa hendak bangun bagaimanakah cara nya??adakah dengan mengangkat kaki dahulu ataupun tangan dahulu??
dan jika tangan bagaimanakah caranya??dengan kedua2 tapak tangan atau dengan penumbuk??
terima kasih