December 2008

SJ-13-0498 : kaedah botox halal atau haram

Assalamualaikum,

Apakah hukum mencucuk botox untuk kecantikan, iaitu mengubah kulit menjadi putih; hidung jadi mancung dll.
Botox: http://immaculateskin.blogspot.com/

Kaedah botox ini adalah dengan memasukkan vitamin sahaja tanpa melibatkan pembedahan.

SJ-01-0147 : Hafiz yg bukan sunnah masuk syurga ke?

assalamualaikum...
biasa kita dengar dan tahu bahawa orang yg hafaz quran@seorang hafiz akan masuk syurga dan akan membawa 10 orang ahli keluarganya sekali.
namun bagaimana jika seorang itu seorang yg berfahaman syiah,dan lain2 lagi yg bukan dari fahaman ahli sunnah?
yelh,biasanya orang berkata hanya ahli sunnah sahaja yg akan diterima.yg lain yang bukan seperti syiah tak akan masuk juga tak diterima akibat akidah yg salah.

SJ-13-0499 : ilmu batin wa ghaib????

salam....
mengenai ilmu kebatinan.apakah cara @ kaedah yg dibenarkan dlm islam?
seperti yg kita lihat dlm rancangan tv3 mlm jumaat jam 9.30.melihat antara pengamal ilmu yg jelas syirik dan seorang ustaz yg amalkan apa xpasti.jadinya apakah cara wa kaedah yg dibenarkan dlm islam?
juga pengertian LAM JALALAH.juga apa pengertian @ maksud HULIJAH DAN HULIKA?ia biasa dipakai oleh pengamal.
hal ini perlu dijelaskan.ia bagi mengelakkan seseorang mgkin melakukan syirik tanpa disedari.

SJ-05-0426 : Bersolat Sambil Memandu

Ana pernah dengar hadis mengatakan Rasulullah SAW pernah solat atas unta. Sanad hadis tu ana lupa. Adakah kita juga boleh solat sewaktu memandu kenderaan jika kita menghadapi kesukaran utk singgah solat di tepi jalan. Ana pernah dinasihati dari tinggalkan solat lebih afdhal kita solat dalam kereta. Jadi mintak pandangan sahabat2 semua.