January 2009

SJ-11-0227 : Wang Pendahuluan Dalam Tempahan, Bolehkah?

Salam...
soalan saya ialah :

seorang pelanggan membuat tempahan perkhidmatan dari sebuah syarikat. Tempahan tersebut dikenakan deposit RM200 dan bayaran sepenuhnya pada hari perkhidmatan diberikan oleh syrkt tersebut.
Mengikut syarat daripd syarikat itu, jika pelanggan membatalkan tempahan apabila membuat tempahan (sudah bayar rm200)...maka deposit tidak akan dipulangkan (burn) atau hanya separuh sahaja akan dipulangkan..
sedangkan jika deposit dipulangkan semuanya, ia tidak merugikan syarikat walau sedikitpun.

SJ-04-0099: Amalan Selepas Sembuh Dari Gila

:salam

Adakah dalil al-Quran atau hadis sahih seseorang yg sembuh dari penyakit semacam gila wajib mandi atau apa yg disyorkan oleh al-Quran dan sunnah setelah seseorang itu sembuh dari penyakit semacam gila..?

Harap panel feqh dapat memberikan dalil al-Quran dan/atau hadis sahih.
InsyaAllah,syukran..

SJ-16-0025 : Nazar Murtad

Apakah seseorang itu dikira murtad seandainya dia berkata jika dia buat atau tidak buat sesuatu... nescaya dia akan jatuh murtad.. sedangkan hati dia beriman pada allah

sebagai contoh... seseorang itu bernazar jika dia gagal didalam peperiksaan.. da akan jatuh murtad sekiranya dia meninggalkan sembahyang.. sedangkan pada hakikatnya dia masih islam... adakah hukum murtad jatuh ke atasnya sisebabkan nazarnya itu..?

SJ-02-0030 : Boikot Amerika..

Assalamualaikum Ustaz...

Saya ada kemusykilan..
ada sahabat bertanya pada saya,,
xpe ke kita boikot amerika,
sedangkan kat amerika da org muslim..
kalau kita boikot diorg...
Impak ekonomi tu diletakkan pada muslim di sana ::cry: ...
cthnya..bila ekonomi sana tergugat..Umat Islam kat sana akan dibuang keja n sbgnya..

then camne ye ::? ?

SJ-06-0079 : Jamak Lebih 5 Hari

Assalamualaikum...
Ustaz..

Saya nak tanye..
1) boleh ke jamak lebih dari 5 hari...

Saya nyatakan situasi yg dihadapi..
Rakan2 sekelas saya buat 1 lawatan sambil belajar ke kilang n hospital..
hari pertama kami bertolak.
hari kedua,ketiga keempat,kelima..kami ada lawatan di hospital n kilang..pagi hospital n petang ke kilang..then hari keenam baru balik..

boleh ke kami buat jamak + qasar slama 6 hari tu?

hrp ustaz dpt membantu...

SJ-09-0040 : Haji Ifrad, Kena Sembelih Dam?

:salam
sini saya ada satu persoalan mengenai haji..soalan saya
"muhammad mengerjakan haji pada tahun 2005, pada waktu itu dia bermukim di Jeddah. muhammad tidak menyembelih dan tidak membayar fidyah. muhammad mngerjakan haji ifrad dan bukan haji tamattu'...."

persoalan saya, adakah haji muhammad sah. dengan tidak menyembelih adakah muhammad perlu membayar fidyah?

harap persoalan saya ini dapat diselesaikan :P