January 2009

SJ-04-0098 : Tidak Mandi Wajib Sejak Baligh

:salam

waktu saya baligh saya mandi wajib lepastu bile mimpi dan keluar saya tak mandi wajib sebab pd waktu tu saya ingatkan mandi wajib ni skali seumur hidup. Dah lama lah saya tak mandi sampai lepas setahun waktu hari perkahwinan sepupu saya.Aper hukumnyer puasa saya dgn solat saya kene ganti ker.

terima kahis banyak2. :mrgreen:

SJ-13-0519 perlukah niat zikir setiap kali takbir intiqalat?

assalamualaikum kepada panel al ahkam.semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya.di sini,saya ada beberapa soalan kepada saudara.
1.sekiranya saya menjadi imam,adakah saya perlu niat zikir setiap kali takbir intiqalat?ini kerana ada pendapat ulama yang mengatakan solat kita tidak sah jika tidak bebrbuat demikian.benarkah?
2.pendapat manakah yang lebih kuat dalam konteks membaca basmalah semasa membaca al fatihah dalam solat?ada yang kata wajib dan ada yang kata tidak.adakah boleh berpegang kepada pendapat yang mengatakan tidak wajib ?

SJ-05-0448 Imam Senyap Slps Fatihah & Mufaraqah Solat Ju

salam,

ana ada dua kemusykilan.

1- adakah sunnah imam yang selesai baca fatihah menunggu makmum selesai baca fatihah baru imam membaca surah...bagi solat jahar.

2- seorang bertaraf ustaz beritahu bahawa seorang yg uzur ( tua, sakit kaki dll) dalam solat jumaat boleh mufaraqah dalam rakaat kedua. dia hanya perlu bersama imam satu rakaat shj dan rakaat ke2 dia menghabiskan solat jumaat lebih awal dr imam. ada dalilkah qaul ini?

jkk

SU-00412 : Qunut Nazilah?

Assalamu'alaikum...

1. Tengahari tadi selepas solat Jumaat, masjid di tempat saya mengadakan solat sunnat HAJAT. Di akhir rakaat solat HAJAT itu, diadakan doa qunut.

Bolehkah doa qunut dibaca di dalam solat sunnat yang dilakukan secara berjemaah? (Setahu saya doa qunut dilakukan di dalam solat fardhu).

2) Bolehkah doa qunut Nazilah dibaca tatkala kita bersolat fardhu jemaah bersama keluarga di rumah ATAU di hentian lebuhraya?

3) Bolehkah doa qunut Nazilah dibaca tatkala kita bersolat fardhu sendirian?

wAllahu ta'ala a'lam.
Terima kasih.

SJ-05-0440 : Solat Tahyatul Masjid

:salam ,

Saya mempunyai persoalan mengenai Solat Tahyatul Masjid. Apakah hukumnya sekiranya saya hanya membaca surah al-fatihah dalam rakaat pertama dan kedua yakni saya meninggalkan bacaan doa iftitah sebelum fatihah dan juga surah lain selepas fatihah. Bagaimana seafdal2 untuk menunaikan solat tahyatul masjid?

SJ-07-0173 : Qunut Nazilah-Palestin

Assalamualaikum, saya inginkan kepastian benarkah bahawa utk melakukan Qunut Nazilah kita perlu mendapat arahan ataupun keizinan drp Pemerintah Negara terlebih dahulu sebelum melakukannya? Jika perlu siapakah pemimpin tersebut dlm konteks negara kita? Adakah Yang Dipertuan Agong atau Perdana Menteri?

SJ-07-0177 : Hukum Berkabung Atas Kematian Pemimpin

:salam

Ashabul fadhilah hafizukumullah..

Soalan saya:

1. Apakah hukum menetapkan pakaian tertetntu seperti baju hitam/songkok berlilit dll sbg tanda berkabung atas kematian seseorang?

2. Apakah tindakan yang munasabah bagi saya penjawat awam yang diwajibkan memakai pakaian sedemikian atas kematian pembesar negeri saya?

Jazakumullahu khairal jazak..