August 2009

SJ-05-0502 : Sahkan solat sekiranya...

Salam,

Sahkan solat jika:

1- Pada bacaan sunat,contohnya takbir intiqalat, kita tersilap sebut,tapi kitak tak perbetulkan bacaan secara sengaja, atau disebabkan kita sudah berada pada rukun yg lain

2-Pakai stokin-bila sujud kaki tak kena lantai, sebab ada alas stokin, atau disebabkan kain yg labuh, jadi menghalang jari kena lantai

:mrgreen:

SJ-16-0014 : Skop Hukum hudud

Assalamualaikum,

saya ada kemusykilan berkenaan adakah orang kafir juga menerima hukum hudud.

perkara ni timbul lepas saya ada terbaca sebuah hadith dlm buku yang menerangkan pasal perlaksanaan hukum rejam zina.

diriwayatkan Rasulullah S.A.W. pernah merejam seorang Yahudi yang berzina dengan seorang perempuan Muslim.

jika benar, adakah ia hukum yang hanya wujud dalam konteks hukuman Had Zina atau termasuk hukum2 Had lain?

Dan bagaimana pula dengan maksud Ayat 42 Surah Al-Maidah?

Harap dapat beri penjelasan .

SJ-08-0123 : Mengeluarkan air mani dengan sengaja

Assalamualaikum..

Saya nak tanya sesuatu. Ketika itu tiba-tiba saya menonton video yang membuatkan sedikit air mani saya terkeluar. Selepas itu saya terus mengeluarkan dengan sengaja kerana saya ingin melepaskan hawa nafsu saya dan tidak mahu menonton video tersebut lagi. Saya sedar perbuatan saya itu sangat keji dan saya tidak akan mengulanginya lagi. ::oops: Tetapi adakah saya hanya perlu mengqada'kan puasa?? Atau sebaliknya??

Tolong jelaskan soalan saya ini.

Terima kasih.

SJ-05-0492 : Sujud - tangan atau lutut dulu

Salam,

Merujuk:
http://soalsolatumum.blogspot.com/2008/12/cara-turun-dari-iktidal-ke-sujud.html

Jarang-jarang nampak orang buat pendapat yang digunakan oleh Albani dan Bin Baaz, dan seingat saya ibnulQayyim pun berpendapat kurang praktikal turun sujud dengan tangan, baru lutut.

Apapun, adakah sah mengikut:

SJ-08-0125 : Batuk, Bersin semasa solat dan puasa

:salam

Semasa batuk dan bersin kita banyak rembeskan air liur ke dalam mulut...

1- Sekiranya batuk/bersin semasa solat perlu ke berhentikan solat untuk berkumur dengan air mutlak sebelum mula solat balik? Takut tertelan air liur yg asalnya bukan dari mulut.

Begitu juga semasa puasa, perlu ke berkumur dengan air mutlak ?

2- Bagaimana sekiranya di dalam solat, sekiranya ada makanan di mulut dan kita ludahkan, boleh ke telan air liur selepas tu, sebab mulut dah berperisa makanan tadi

SJ-14-0185 : pegang AQ ketika solat tarawih

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin bertanya...

1) Apa hukumnya memegang AQ ketika solat terawih atau mana2 solat bagi imam atau makmum. Imam,kerana ingin membaca surah2 yg panjang dan makmum, kerana ingin memeriksa bacaan imam. Adakah perbuatan ini dikira bidaah kerana tidak ada di zaman Rasulullah S.A.W dahulu?

2) Sekiranya boleh, bagaimana harusnya AQ itu dipegang ketika rukuk,takbir dan sebagainya? Adakah dikepit di ketiak atau diletak diatas lantai terlebih dahulu?

Sekiranya boleh, saya minta agar disertakan dalil ::D

Wassalam