August 2009

SU-00437 : hukum berTAWASUL

:salam
pertama-tamanya jazakallah khairan kathira atas dalil & rujukan yg diberi ttg bab sentuh lelaki & perempuan.
cumanya kali ini, saya ingin bertanyakan ttg "TAWASUL" dgn :
1) keberkatan nabi/malaikat dll...
2) kebaikan yang telah kita lakukan
3) alim/ulama' yang masih hidup

terima kasih

SU-00435 : Jumaat tak boleh jamak

:salam
baru2 nih, kawan saya yg baru balik usrah, menyatakan bahawa solat jumaat tak boleh dijamak dgn solat asar. Setahu saya utk "musafir" pada hari jumaat nih, yg dibahaskan pun mengenai "waktu" keluar utk memulakan musafir... ttg tak boleh buat jamak solat jumaat dengan asar nih... baru dengar... mohon penjelasan dari ahli panel. TQ

SJ-05-0490 : Mengikut imam - lafaz takbir antara rukun

Assalamualaikum,

Sekiranya saya solat sebagai makmum kemudian tidak mengikut imam ketika lafaz takbir antara rukuk (contohnya duduk antara dua sujud kepada sujud kedua) adakah sah solat saya?

Yakni, saya tidak menyebut lafaz Allahuakbar ketika berpindah rukun, sedangkan imam berbuat demikian, contohnya kerana menguap.

SJ-04-0107 : Tertib dalam Wudhu'

Salam,

Kalau semasa wudhu' ;

1- Adakah kita diwajibkan meratakan air wudhu' ? Contohnya wudhu' utk tangan kiri, diratakan dengan tangan kanan.
Bagaimana sekiranya celup sahaja, seperti di kolah-kolah contohnya.

2- Sekiranya ketika meratakan tangan kanan contohnya, air wudhu' terkena tangan kiri *dahulu* sebab kita nak ratakan wudhu' pada tangan kanan, adakah dikira melanggar tertib wudhu' (sebab terkena air pada tangan kiri utk basuh kanan)