SJ-05-0490 : Mengikut imam - lafaz takbir antara rukun

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0490 : Mengikut imam - lafaz takbir antara rukun

Assalamualaikum,

Sekiranya saya solat sebagai makmum kemudian tidak mengikut imam ketika lafaz takbir antara rukuk (contohnya duduk antara dua sujud kepada sujud kedua) adakah sah solat saya?

Yakni, saya tidak menyebut lafaz Allahuakbar ketika berpindah rukun, sedangkan imam berbuat demikian, contohnya kerana menguap.

Re: Mengikut imam - lafaz takbir antara rukun

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Masalah adakah takbir intiqalat (takbir ketika pergerakan berpindah antara rukun ke rukun) wajib atau sunat, ada khilaf ulama.
Jumhur mengatakan takbir yang wajib hanya Takbiratul Ihram. Selain itu adalah sunat sahaja.

Hujahnya ialah hadis yang masyhur dengan gelaran 'hadis al-musi' solatahu' (hadis orang yang tidak memperelokkan solatnya), Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengajarnya sembahyang, dan hanya menyuruhnya takbir pada takbiratul ihram sahaja.

Ada pendapat yang mengatakan semua takbir intiqalat adalah wajib. Berdasarkan kepada beberapa riwayat nukilan cara baginda bersolat.

jadi, dalam masalah yang saudara ajukan, ia bukan masalah kita ikut imam atau tidak, tetapi asal masalah ialah adakah takbir intiqalat itu wajib ataupun sunat sahaja.

Kerana itu, ada riwayat daripada Umar al-Khattab: bahawa beliau tidak bertakbir apabila bersembahyang bersendirian. Seolah-olah mereka menganggap takbir intiqalat berrtujuan imam memberitahu makmum akan pergerakannya.

(Bidayatul Mujtahid 1/101)

talfiq (not verified)
sambungan takbir intiqalat

Merujuk
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=95&t=38521

Kesimpulannya oleh kerana ia dianggap sunat maka sekiranya imam melakukannya (bertakbir intiqalat) dan kita tidak melakukannya - kerana tujuannya untuk memberitahu makmum, maka tidak mengapalah sekiranya makmum meninggalkannya (tetapi lebih baik jika turut bertakbir selepas imam) ?

Sebab macam tergantung sikit statement Ustaz.

WA.

Re: SJ-05-0490 : Mengikut imam - lafaz takbir antara rukun

Jika kita berpegang kepada pendapat jumhur fuqaha, iaitu takbir intiqalat adalah sunat, maka tidak membatalkan sembahyang jika makmum meninggalkannya.

Tetapi lebih baik melakukannya kerana:
- Umum hadis, "Maka apabila dia (Imam) bertakbir, maka bertakbirlah". (Bukhari 1063, dan Muslim 411)
- Keluar daripada khilaf mereka yang mewajibkan. Kerana kaedah keluar dari khilaf adalah digalakkan.

Wallahu A'lam