March 2010

Kuat Agama Tak Boleh Dengar Lagu?

Oleh: alitantawi

Sering kedengaran dari sebahagian masyarakat persoalan muzik dan kaitannya dengan orang-orang yang diistilahkan kuat agama (tak semestinya ustaz dan ustazah). Baru pagi tadi seorang guru bertanyakan tentang anaknya yang bermain alat muzik seperti gitar, katanya "ada orang kata alat muzik bertali dan bertiup itu haram". Saya jawab "ya, memang ada orang kata, tapi ia bukan sesuatu yang muktamad dalam Islam".

SJ-09-0048 : URGENT! - Keliru pada saie...

:salam

Moga dirahmati Allah...

Soalan saya kali nie...berstatus urgent...maaf jika ia merumitkan kepada sekalian panel...

Merujuk kepada Soalan dan Jawapan : Tatacara & Tips untuk Umrah http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=100&t=26694...saya ada satu kemusykilan yg memerlukan pencerahan dan syarah yg lebih lanjut dari para panel sekalian...

Iaitu:

[0004: Isma'iliyyah] Ensiklopedia Gerakan Keagamaan & Pemikiran jilid 1

TA'RIF
Isma'iliyyah adalah sebuah kelompok kebatinan yang dinisbatkan kepada Imam Isma'il bin Ja'far Shadiq. Secara lahiriah Isma'iliyyah cenderung kepada Syi ah yang mengagungkan Ahlu al-Bait. Tetapi hakikatnya kelompok ini menghancurkan 'aqidah Islamiyyah. Isma'iliyyah terpecah-pecah menjadi berbagai kelompok dan berkembang sepanjang zaman sampai hari ini.

Akhlak Ulama - Qaradawi - hafizahullah - dan Tantawi - rahimahullah

Seluruh dunia Islam dirundung muram dengan pelbagai berita kesedihan yang menjadi ujian dari Allah SWT dari masa ke semasa. Di antaranya ialah yang terkini - pemergian Syaikhul Azhar dan bekas Mufti Negara Mesir - Syeikh Muhammad Sayyid al-Tantawi rahimahullah. Di antara ulama Islam terkemuka yang meluangkan masa untuk berbicara tentang pemergian Syeikh Tantawi ialah ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qaradawi.

Fatwa Syeikh al-Syarbashi: Bagaimana hukum mandi di dalam Islam

MANDI
Soalan: Bagaimanakah hukum mandi di dalam agama, dan bilakah mandi itu dipandang sunah?

Jawab: Yang dimaksud dengan mandi di dalam ilmu fiqih ialah mengalirkan air ke seluruh anggota badan dengan niat mengerjakan mandi. Mandi tersebut dilakukan setelah terlebih dahulu menghi­langkan benda-benda najis yang ada di badan atau benda yang akan menghalangi sampainya air ke kulit. Allah SWT telah me­merintahkan mandi di dalam Al-Qur'an, "jika kamu junub maka mandilah." (QS. al-Ma'idah: 6)

[0003: Orientalisme] Ensiklopedia Gerakan Keagamaan & Pemikiran jilid 1

TA'RIF
Orientalisme adalah gelombang pemikiran yang mencerminkan berbagai studi ketimuran yang Islami. Yang dijadikan obyek studi mencakup peradaban, agama, seni, sastra, bahasa dan kebudayaannya. Gelombang pemikiran ini telah memberikan andil besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan mengungkapkan kemunduran pola fikir dunia Islam dalam rangka pertarungan peradaban antara Timur (Islam) dengan Barat.

SJ-03-0134 : membersihkan najis gune spray

salam,

kalo basuh najis gune spray/penyembur air yg dalam bentuk botol/seumpamanya boleh tak?
ke dalil naqli mengkhususkan utk menjirus je.

contoh:
taik cicak kena kat laptop
kencing budak atas lantai
seat kene kencing budak (sikit)
buang air kecil di tandas Western yg gune tisu dan tak selesa gune tisu, tapi ada bawak spray yg boleh menyucikan air tu.

ape pendapat tuan? ade orang tak setuju gune spray, dia kata renjis tu bukan "ghusl" . tapi dalam perintah wuduk "ghusl" jugak, boleh pulak gune spray utk wuduk

SIS dukacita dituduh 'menghina Islam'

Oleh zain-ys

Umum umat Islam di Malaysia menganggap Sister In Islam (SIS) adalah aliran dari Islam Liberal. Secara umumnya, banyak pendapat dan penafsiran mereka tentang Islam berbeza dengan pendapat dan penafsiran yang umum dipegang oleh umat Islam.

Setiap kali mereka mengeluarkan pandangan terhadap satu-satu isu, pasti akan menimbulkan kemarahan kebanyak alim ulama di negara ini. Ini diikuti oleh umat Islam awam.