June 2010

Fiqh al-Jihad Perlu Diajar Kepada Masyarakat?

[Gambar para Mujahidin Moro Islamic Liberation Front (MILF) di Mindanao]

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Melihat isu-isu yang dibangkitkan di akhbar-akhbar. Akan menimbulkan satu persoalan di dalam minda kita semua. Apakah sebenarnya jihad di sisi umat Islam pada masa kini.

Saya berpendapat kita dilanda ombak dua aliran ekstrem yang memusnahkan kemuliaan jihad, yang mana Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang melakukannya.

Kita bertemu dua kelompok yang umpama timur dengan barat, langit dengan bumi.

Dalam Fiqh, Saudi…Dalam Hadith, al-Albani…’Itu Kajian Ilmiah’?

Sebahagian (bukan semua, sebahagian) penuntut ilmu amat gopoh dalam memberikan penilaian terhadap sesuatu isu agama atau cabang ilmu berkaitan Islam. Saya terpanggil untuk menulis apa yang sering saya bicarakan bersama sahabat-sahabat lain dalam al-ahkam.net iaitu fenomena ‘tarjih’ iaitu keupayaan memilih pendapat yang terbaik dan terkuat mengikut dalil apabila berlakunya perbezaan dan perselisihan. Tarjih di sini tidak semestinya dalam fiqh, bahkan termasuk juga dalam aqidah, tafsir, hadith dan sebagainya.

[Dunia Buku] Hadits-hadits Lemah & Palsu Tentang Keutamaan Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan

Tajuk asal buku ini ialah Hadits-hadits Lemah & Palsu dalam Kitab Durratun Nasihin (Keutamaan Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan). Sebagaimana tertera pada tajuk, bahawa buku ini merupakan takhrij untuk beberapa bab dari buku yang cukup masyhur iaitu Durratun Nasihin. Bab yang dipilihnya adalah tentang kelebihan bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan.

Kategori Berita: 

SJ-10-0128 : Menjual ubat mengandungi gelatin babi

seorang sahabat yang bekerja di kedai produk kesihatan bertanya:-

1- Di kedai itu terdapat slimming drug hydroxycut hardcore tablet yang
mengandungi gelatin babi, apakah hukum memakan ubat itu?

2- jika haram, bagaimanakah hukumnya jika dia menjual ubat itu
kepada pelanggan non-muslim?

3- apa pula hukumnya berkerja di situ?

4- bagaimanakah dengan status gajinya?

mohon maaf andai terlalu banyak soalan.segala bantuan saya dahulukan dengan Jazakumullahughairan

[Download] MP3 Pengajian Sahih al-Bukhari Sessi Januari – Februari 2010 Maulana Mohd Asri

Berikut ini pula adalah koleksi MP3 pengajian hadis Sahih al-Bukhari oleh Maulana Mohd Asri Yusof untuk sessi Januari hingga Februari 2010.  Iaitu bermula dari tarikh 16 Januari 2010 hingga 27 Februari 2010. Sila sebarkan dan kongsikan bersama rakan-rakan yang lain.

Ustaz Zahazan: Rejab, Walaupun Hadisnya Dhaif Tapi Janganlah Kita Melarang Orang Nak Beramal

Petikan dari al-Kuliyaah TV3 berkaitan dengan Rejab. rakaman TV yang diconvert kepada MP3. Diulas oleh Ustaz Zahazan. Antara yang diketengahkan ialah:
-
Walaupun hadisnya Dhaif tapi jangan kita melarang orang nak beramal
- Kesan Ibadah Sunat terhadap Ibadah Fardhu
- Saya menyeru janganlah sibuk membidahkan orang lain
- Doa keberkatan di bulan Rejab & wajarkah lebih beramal pada bulan Rejab
- Hukum menyambut israk mikraj & puasa 3 bulan berturut-turut
- Maksud Rejab adalah bulanKu & minum air sungai Rejab

GF Haddad: Berpuasa di Bulan Rejab

Oleh: GF Haddad

Imam al-Nawawi (rahimahullah) menyebut:
“Tiada larangan dan tiada juga galakkan berhubung dengan bulan Rejab itu sendiri, walaubagaimanpun:
• berasaskan bahawa pada prinsipnya berpuasa itu sendiri merupakan suatu amalan yang dipuji, dan
• di dalam Sunan Abu Dawud, Rasulullah telah menggalakkan berpuasa di bulan-bulan Haram, dan bulan Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan Haram.