June 2010

SJ-05-0529 : Bacaan dalam solat

entah mengapa, sejak belakangan ini lidah saya semakin sukar untuk membaca surah alfatihah dan bacaan-bacaan lain dalam solat. Bacaan saya selalu tersekat-sekat dan tidak lancar. Mungkin kerana gangguan dari syaitan. Kadang-kadang saya solat sehingga 30 minit kerana bacaan saya yang sangat teruk. Kadang-kadang saya terasa malas untuk solat kerana 'letih' untuk solat. ::(

Adakah perlu saya membaca sebaik imam sudais (imam masjidil haram) untuk menjadikan solat saya sah. [youtube]

Keputusan Muzakarah JK Fatwa: Amalan Suluk (Bertapa) Dan Rabitah (Menghadirkan Wajah Guru)

Amalan Suluk (Bertapa) Dan Rabitah (Menghadirkan Wajah Guru) Dalam Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Pimpinan Tuan Haji Ishak bin Mohd ‘Arif, Kampung Bengkeng, Dong, Raub, Pahang

19 Februari 1992 • Muzakarah Kali Ke-29

Keputusan:
Amalan suluk dan rabitah dalam tarekat Naqsyabandiah Khalidiah pimpinan Tuan Haji Ishak bin Mohd ‘Arif adalah terkeluar daripada syariat Islam.

(Buku Terbitan JAKIM, Keputusan Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hal. 3)
Dapatkan percuma dengan download di sini: http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5275

Warkah Terbuka Buat Ustaz Fathul Bari dan Sahabat. :)

Oleh: asyrafmuiz.blogspot.com

Menulis dalam keadaan fikiran yang kacau, bukanlah sesuatu yang baik.

Tetapi saya harus menulis juga. Penyertaan beberapa orang ulama' ke dalam UMNO yang saya kenal amat merunsingkan fikiran saya.

Kedua- dua nama yang disebut MalaysiaKini adalah individu yang terbabit dalam mengarang surat sokongan supaya saya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang Hadis dan Pengajian Islam di Universiti Islam Madinah kepada Kerajaan Arab Saudi.

Mereka adalah Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Fadhlan bin Mohd Othman. Keduanya juga sedang menyiapkan PhD mereka. Secara peribadinya, saya tidaklah begitu mengenali Ustaz Fadhlan, tetapi Ustaz Fathul Bari adalah syeikh yang saya perolehi banyak manfaat darinya. Manfaat dalam mengenal manhaj Salaf.

BILA ‘TOK GURU’ KITA MASUK UMNO……..

Oleh: Ustaz Al-Jawhar

40 Ulama masuk UMNO…….. cukup membuatkan ramai orang terkejut dan terkesima dengan perkembangan politik terbaru ini.Malah ia juga tidak kurang akan membuatkan orang ramai mula meragui “keilmuan” golongan ulama tersebut.Penulis sendiri sepanjang memberi kuliah di surau-surau dan masjid-masjid dihujani dengan persoalan demi persoalan oleh para jemaah yang mana antaranya :

 

Merawat gangguan penghadaman

SECARA asasnya, probiotik adalah bakteria hidup yang memberi manfaat kepada kesihatan apabila diambil dalam kuantiti yang secukupnya.

Peranan umum probiotik terhadap kesihatan manusia adalah mengekalkan ekosistem di dalam usus - mikroflora usus - untuk keseimbangan melalui pertumbuhan bakteria baik di dalam usus, dengan ini ia boleh mengawal pertumbuhan bakteria yang merbahaya.

Mikroflora di dalam usus yang seimbang memastikan kesihatan sistem penghadaman, yang menjadi asas kepada kesihatan kita. Tugasan bakteria usus yang baik adalah:

SJ-05-0533 : Was-Was tentang masuk waktu solat

Salam,

Saya ada masalah Was-Was. Masalah saya ialah dengan masuknya waktu solat. Contohnya apabila telah nyata masuk waktu solat (mengikut takwim jakim), saya masih was-was tentang masuknya waktu. Ini berterusan apabila saya sedang bersolat. Adakah yakin didalam hati (telah masuk waktu) perlu untuk sah solat? Masalah ini lagi teruk apabila saya berjemaah di masjid dimana jeamaah akan bersolat 10 minit selepas azan dimana saya masih lagi was-was.

Terima kasih dan Salam.

40 Ustaz Masuk UMNO: Apa Kata Gang Sunnah Lain

Dipetik dari http://miezaan.blogspot.com/

MEREKA MASUK UMNO DAN MENYETUJUI DASAR2 UMNO

Author: HAZMAN

Kemasukan Ust. Fadzlan, Ust. Fathul Bari dan beberapa yang lain dari kalangan Rakan Sealiran Salafiyien kedalam UMNO amat mengejutkan. Ini bererti mereka telah menyetujui dasar-dasar UMNO dan pelaksanaan yang sedang dijalankan sekarang. Walaupun apa alasan yang diberikan, ia telah menguris hati ramai rakan-rakan sealiran.

40 Ulama Bukannya 40 Penyamun!

Oleh MSO

SEMACAM kejuatan tetapi ia tidak mengejutkan! Begitulah yang dapat disimpulkan berhubung keinsafan dan kesedaran 40 orang ulama yang menyerahkan borang menyertai Umno. Marilah kita semua mengucapkan ahlan wasalan ya marhaban kepada mereka semua. Semoga niat mereka untuk berdakwah dalam Umno dan memperbetulkan kepincangan agama termasuk soal kerohanian akan diberkati Allah.

Malam tadi mereka telah menyerahkan borang penyertaan menjadi ahli Umno kepada Najib Razak sambil diperhatikan oleh Muhyiddin Yassin. Malangnya penyertaaan yang diura-urakan seramai 100 orang itu hanya 40 orang saja tanpa chef devissionnya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Asri dikatakan akan ikut menyertai dalam masa terdekat.