January 2011

[Video] Tiada Agama Yang Benarkan Berdusta Atas Nama Agama Kecuali...

Apa Itu Taqiyah?
Yusuf al-Bahrani: “Yang dimaksud dengan taqiyah adalah menampakkan kesamaan dengan keyakinan agama orang-orang yang menyelisihi mereka karena adanya rasa takut.”

Al Kulaini dari Abu Ja’far: “Berkumpullah dengan mereka secara zahir namun selisihilah mereka secara batin”.

Al-Khomeini di dalam Kasyful Asrar: “Seseorang yang mengucapkan atau mengamalkan sesuatu, berbeza dengan kenyataan (hatinya) yang membatalkan timbangan-timbangan syariat …”.

SJ-06-0095 : sampai di sesuatu destinasi, boleh qasar saja?

:salam

saya agak confuse, since ada teman bagitau, kita boleh jamak+qasar SEMASA dalam perjalanan dan hanya boleh QASAR apabila dah sampai di sesuatu tempat tu,tanpa had.

macam mana pendapat yg 3 hari 3 malam boleh jamak+qasar tu?

SJ-06-0106 : Seputar Persoalan Watan Asli

:salam

Saya telah faham berkaitan watan asli seperti yg diterang di dalam topik Watan Asli sebelum ini.

Namun ada sedikit persoalan yang bermain di dalam fikiran saya.

Contohnya :
Saya sudah hampir 15tahun bekerja di Negeri Sembilan, dan tidak berniat untuk pulang menetap di kampung kelahiran.

Tapi dalam masa sama saya belum membeli rumah di N.Sembilan, dan masih menyewa. Dan sering berpindah dari rumah sewa ke rumah sewa yang lain (msh di dalam N.Sembilan).

[Video Penuh] Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

Pembentangan kertas kerja bertajuk Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith yang disampaikan oleh Ustaz Nasim dari Darul Kautsar.

Sebelum ini kami menyiarkan petikan-petikan dari pembentangan ini. Ia boleh di tonton di sini:
1. Sangatlah Tercela Berbicara Tentang Ilmu Hadis Tapi Jahil Ilmu Alat Siri 1
2. Sangatlah Tercela Berbicara Tentang Ilmu Hadis Tapi Jahil Ilmu Alat Siri 2

Kesungguhan Ulama Hadith Silam - Merantau Demi Ilmu

Oleh: Ustaz Adlan Abd Aziz @ alitantawi

Bagi yang pernah membaca biodata dan kisah hidup para ulama hadith silam (seperti Imam al-Bukhari, Imam Ahmad dan lain-lain) pasti akan dapat melihat dengan jelas bagaimana para ulama hadith pada zaman itu dan sebelumnya malah selepasnya - begitu hebat dalam pengembaraan mencari ilmu.

Melihat kepada jarak, tempoh masa bertahun-tahun, kesusahan, kepayahan, harta dan tenaga yang mereka habiskan - kita hanya mampu menggelengkan kepala seakan tidak percaya bagaimana mereka mampu mengharunginya?

Memang Ada Yang Percaya Abuya Ghaib!

Oleh zain-ys

Masih ada yang percaya bahawa Ustaz Asaari (Abuya) yang telah disahkan meninggal dunia tahun lepas bukannya mati, tapi ghaib. Siapa di belakang idea Abuya ghaib ini, kitapun tak tahu.

Kenapa ada yang terpaksa bermati-matian mempertahankan bahawa Abuya belum mati lagi? Kerana agama yang mereka pegang teguh berasaskan kepada janji-janji kononnya Abuya begitu dan begini, namun tidak ada satupun yang tertunai. Kalaulah Abuya sudah mati, bermakna agama/aliran agama yang menjadi pegangan para pengikutnya akan turut berkubur. jadi, untuk memastikan pegangan mereka akan terus bertahan, maka idea Abuya ghaib diketengahkan.

Baca sendiri artikel berikut ini.. Keterlanjuran mereka sampai ke peringkat yang amat mengejutkan kita semua!!

Syiah Isu Kesesatan Umat Islam Sejagat

Oleh: Lubna Salma, Kajang

Antara kitab utama SyiahBerikutan isu penangkapan kira-kira 200 penganut syiah di gombak baru-baru ini, seorang penulis bernama Abu Bakar Abdullah (syiah?) yang mendakwa sebagai pengikut setia mazhab Shafi’e telah melahirkan rasa bingung dan tidak puas hati serta mendakwa  JAKIM dan ulama’sunnah khususnya di Malaysia keliru dalam memfatwakan ajaran syiah Imamiyyah sebagai ajaran sesat [Link].