January 2011

Tahukah Anda? Apakah Wikileaks Yang Menghebohkan Itu?

Wikileaks
Wikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press. Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik China, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan. Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarahnya. Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta.

Isu Zaharuddin : Wang kertas dan back door riba Perbankan Islam

by Ust Rafidi Hashim

Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Zaharuddin dalam ceramahnya dan dari rancangan Tanyalah Ustaz TV9. Saya ingin mengulas beberapa isu yang dibangkitkan beliau.

Pada asasnya pendekatan yang diambil oleh beliau ialah mengislamisasikan sistem riba kapitalis , yang mana beliau ungkapkan  “ to modify” sistem sekarang supaya sesuai dengan Islam.  Inilah pendekatan yang diambil ulamak moden dari OIC Fiqh council. Saya tambah “ In order to modify the system we have to modify the shariat Islam.. also. Nauzubillahi min zalik.