April 2011

Tutorial: Cara Atasi Maktabah Syamilah Yang Tak Keluar Huruf Arab

Oleh zain-ys

Untuk membolehkan Maktabah Syamilah anda di Windows 7 (win7) dapat membaca font arab dengan betul, berikut ini diperturunkan cara-cara dan petua-petuanya:
1. Tutorial ini adalah untuk Win7 yang sudah ada sistem arabic. Dengan maksud boleh memaparkan dan menulis tulisan Arab pada MS Word atau word pada dsbgnya.
2. Pastikan Win7 anda menggunakan sistem Arab negeri mana? Saudi Arabia, Egypt.. Atau sebagainya. Untuk mengetahuinya sila lihat gambar berikut:

Kuliah Sahih Muslim: Wanginya Peluh Nabi & Ambil Berkat, Rambut & Rupa Parasnya

Kuliah Sahih Muslim oleh Maulana Mohd Asri Yusoff pada 15 Dis 2010. Tajuk yang disyarahkan ialah:

  • Bab: Wanginya Peluh Nabi s.a.w. Dan Mengambil Berkat Dengannya
  • Bab: Gambaran Sifat-sifat Rambut Nabi s.a.w. Dan Rupa Paras Nabi s.a.w.

Kewangian peluh Nabi s.a.w. dan bolehkah diambil berkat? Bolehkah mengambil berkat selain dari Baginda s.a.w.? Bagaimana gambaran rambut Baginda s.a.w.? Cara beliau bersikat, membubuh minyak di rambutnya. Bagaimana pula gambaran rupa paras Baginda s.a.w.?

Bola Putih & Bola Hitam

By Shahmuzir

Saya ingin berkongsi dengan anda semua akan satu perumpamaan yang mungkin boleh diambil manfaat daripadanya.

Cuba bayangkan kita sedang berdiri di hadapan dinding dan di tangan kita mempunyai dua biji bola getah.  Satu berwarna putih dan satu lagi berwarna hitam.  Lihatlah kepada dua biji bola getah tersebut.

Kita mempunyai pilihan samada untuk melontar bola getah yang berwarna putih ataupun yang berwarna hitam ke dinding.  Dan setiapnya akan memberikan tindakbalas yang sama.  Iaitu bola getah itu akan melantun ke arah kita semula setelah ia terkena dinding.  Jika kuat kita melontarnya, maka kuat jugalah pantulannya ke arah kita.  Jika perlahan lontarannya, perlahanlah pula ia memantul.

 

Kurang penghayatan sunnah dalam berakhlak punca huru hara dalam dunia keilmuan

Oleh: Lukhman Abdul Taib

Penyakit sesat-menyesatkan kian menular dalam diri penuntut ilmu. Dengan kemudahan informasi di hujung jari, penyakit ini semakin parah dan terus menerus merebak dalam diri setiap pelajar.

Sudah pasti, yang menjadi mangsa ialah orang awam dan pelajar itu sendiri. Penyakit yang ditulari menyebabkan mereka sukar dalam berkomunikasi dengan dunia, kerana kurang selidik dalam menilai seseorang.

Lebih malang lagi, bidang agama bukannya bidang pengkhususan buat pelajar itu. Maka, semakin bingung pelajar itu dengan dunia yang dilihatnya. Itu sesat, ini sesat, semuanya sesat, hanya kerana sekelumit ciri yang ada pada seseorang! Siapa lagi yang tidak sesat menurut kaca matanya?

4 Golongan Masuk Syurga Tanpa Dihisab & Diseksa

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas radhiaAllahu `anhuma, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa Baginda sallAllahu `alaihi wasallam diberitahu ada 70,000 orang di kalangan ummatnya yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa terlebih dahulu.

Siapakah mereka yang beruntung yang termasuk di dalam 70,000 orang itu?  Mereka ialah:

Kau Bukan Ustaz, Elok Kau Diam

Oleh Ustaz Adlan Abd Aziz

Ada satu penyakit dalam kalangan mereka yang belajar dalam pengkhususan agama. Penyakit ini pasti bukanlah berlaku kepada semua, tetapi wujud pada sebahagian mereka.

Penyakit itu ialah menutup mulut orang-orang yang bukan 'ustaz/ustazah' untuk memberikan pandangan dalam ilmu agama atau menyumbangkan tenaga dalam dakwah. Alasannya hanyalah 'kau bukan ustaz, kau bukan ustazah'.

Adakah ini alasannya untuk kita menafikan dan tidak memberikan hak untuk mereka yang bukan ustaz/ustazah untuk bercakap? Seharusnya kita mencari banyak lagi alasan lain untuk menegur mereka. Sebagai contoh, kemukakan kesalahan mereka - dalam ucapan atau penulisan - maka tegurlah mereka berdasarkan kesalahan mereka tadi dan perbetulkan.

Kematian adik saiful, apa ceritanya?

Kematian adik saiful, apa ceritanya?

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.

Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, “Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

[BARU TERBIT] Biografi Ulama Sunnah India

ulamaindia

Tajuk Buku: Biografi Ulama Sunnah India

Penulis: Muhammad Abdulloh Suradi
Halaman:
127m/s
Harga:
RM8.90
ISBN: 978-967-308-276-6

Buku ini menghimpunkan 8 biografi ulama sunnah di India. Hubungan keagaman antara Benua India dengan rantau Nusantara sudah terjalin sejak sekian lama. Begitu juga hubungan keilmuan Islam antara negara India sendiri dengan Tanah Melayu kita sudahpun melakarkan sejarahnya yang tersendiri.