April 2011

Sahih Muslim - Nabi s.a.w. Tidak Melampau Dalam Beragama Sedangkan Baginda Yang Paling Takut Akan Allah

Sahih Muslim 05/01/2011 Pengetahuan Nabi s.a.w. Tentang Allah dan Sangat Takutnya Kepada Allah

Isikandungan (timeline):
00:02:06  Pembacaan Matan Hadis: Bab:  Kewajiban Mengikut Nabi s.a.w.
00:10:04 Terjemahan Matan Hadis: Bab: Pengetahuan Nabi s.a.w. Tentang Allah dan Sangat Takutnya Kepada Allah.
00:13:21 Terjemahan Matan Hadis: Bab: Kewajiban Mengikut Nabi s.a.w.

[Video Di Dalam] Catitan Isi Khutbah Sheikh as-Sudais & Peristiwa Menyedihkan di Masjid Wilayah

Oleh Shahmuzir

Alhamdulillah, tengahari tadi saya sempat sampai ke Masjid Wilayah Persekutuan jam 12.30 tengahari.  Masuk di masjid, rupa-rupanya sudah penuh 5 saf di hadapan.  Tentu mereka semua menantikan kehadiran Sheikh as-Sudais yang dijadualkan akan memberi khutbah dan mengimami solat fardhu Jumaat di masjid tersebut.  Saya terus ke saf paling kanan, meletakkan beg di tepi dinding, solat tahiyyatul masjid dan membaca al-Quran.

Poco-poco: Majlis Fatwa Kata Halal dan Hormati Fatwa Perak

Muzakarah Fatwa Kebangsaan Tidak Halang Poco-Poco Di Negeri Lain

22 April  -- Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Jumaat memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

Masa Depan Tamadun ISLAM - Sheikh as-Sudais

Satu syarahan umum yang disampaikan oleh Sheikh Dr `Abdur Rahman Ibn `Abdul Aziz as-Sudais telah diadakan pada 20/4/2011.  Ia telah dianjurkan oleh International Insititute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia dan diadakan di dewan IAIS.

Syarahan umum tersebut telah bermula pada jam 12.30 tengahari dengan disampaikan oleh Sheikh as-Sudais dalam bahasa Arab, dan diterjemahkan oleh Profesor Ibrahim Zein sebagai moderator majlis tersebut.  Tajuk syarahan yang diberi oleh pihak penganjur ialah:  “The Future of Islamic Civilisation (al-Hadarah al-Islamiyyah) in the 21st Century”.

Wujudkah Sistem Demokrasi Yang Menepati Syariah? Satu Pandangan..

Oleh: Mahasiswa di salah sebuah IPTA

Assalamualaikum wb.

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا

من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له

وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله

 اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

وبعد

 

Saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan apa yang dikatakan demokrasi menurut realiti dan teknikal undang-undang. Dalam artikel ini terdapat tiga bahagian yang akan dibincangkan iaitu (A)  Hukum Demokrasi, (B)  Demokrasi ala BARAT Sebagai ALAT dan (C) Lihat bagaimana Supremacy of Shari'ah boleh di apply dalam Constitution of Malaysia