December 2011

Tafsir al-Manar dan Aspirasi Pembaharuan

Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, IRF

Tafsir al-Manar merupakan antara tafsir al-Qur’an yang terbaik yang mengetengahkan manhaj tafsir yang bercorak adabi ijtima‘i (sastera dan budaya), yang menzahirkan kekuatan analisis dan keupayaan fiqh yang tinggi. Ia menyerlahkan kefahaman tentang adab dan akhlak Islam, kehidupan masyarakat dan gejolak kebangkitan rakyat di Mesir. Tafsir al-Manar diilhamkan dari pengaruh Majallah al-Manar yang dikarang oleh Imam Muhammad Abduh dan Shaykh Muhammad Rashid Rida yang menyeru kepada pemberdayaan akal dan ijtihad.

Lancar Buku Anti Syiah: Tokoh Ulama Muda UMNO Ucap Tahniah Pada MB Kedah

Petikan dari orang besar Ulama Muda UMNO Ustaz Fathul Bari dalam facebooknya: Tahniah kepada Menteri Besar Kedah kerana melancarkan buku percuma, "Kenapa Aku Tinggalkan Syi'ah" karya Dr. Sayid Musa Al-Musawi (bekas pembantu Khomeini laknatullah). Semoga sedikit sebanyak membantu dalam menyedarkan masyarakat tentang bahaya ajaran Syi'ah.

Novel "Imam" SN Abdullah Husein: Melakari Pemahaman Hal-hal Ugama dengan Kritis

Muhammad Nazreen Jaafar | Intern, Islamic Renaissance Front (IRF)

"Kita bersolat hanya kerana pengaruh kebiasaan, pengaruh keadaan dan pengaruh tradisi. Sebab itu solat kita pada masa kanak-kanak, remaja, dewasa sama saja lalai"

(Halaman 338).

Lantas, ini adalah sebahagian petikan yang diambil daripada novel tulisan SN Abdullah Husein yang memenangi Hadiah Novel Nasional 1992 - 1994. Novel ini bertajuk 'Imam'. Mungkin, ramai di antara kita mula mengenali beliau menerusi kontroversi Interlok. Namun, karya beliau yang benar-benar mengghairahkan adalah 'Imam'.

[Dari Media Syiah] Pelancaran buku Kenapa Aku Meninggalkan Syiah: Laporan polis Syiah terhadap MB Kedah

Dari Media Syiah:
(Reaksi Syiah Kedah terhadap pelancaran buku "Kenapa Aku Meninggalkan Syiah" oleh Menteri Besar Kedah.)


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pada 15 Disember, pukul 10 pagi bertempat di Ibupejabat Polis daerah Kota Setar, ustaz Abdullah bin Hasan selaku wakil masyarakat Syiah di negeri Kedah Darulaman membuat laporan polis berhubung pelancaran buku anti-Syiah oleh Menteri Besar Kedah, Azizan bin Abdul Razak suatu ketika dahulu.

DYMM Tuanku Sultan Kedah Rasmikan Seminar Isu-Isu Ajaran Syiah dan Penguatkuasaan Dari Sudut Undang-Undang Di Negeri Kedah

Tolak segala fahaman yang menyesatkan

ALOR SETAR, 25 Oktober - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah bimbang melihat umat Islam hari ini yang berpecah dan berbalah sesama sendiri.

“Cukuplah berbalah dan berpecah kerana isu dan fahaman politik, janganlah berpecah lagi kerana sebab fahaman agama pula,” titah baginda ketika merasmikan Seminar Isu-Isu Ajaran Syiah dan Penguatkuasaan Dari Sudut Undang-Undang Di Negeri Kedah yang diadakan di Wisma Darul Aman.

Blog Syiah Dakwa Azizan Abdul Razak & Aziz Hanafi Diperalatkan Oleh Terorist Wahabi

Sebuah artikel dari blog Syiah unggaspagi.blogspot.com yang membidas tindakan MB Kedah dan Dr Aziz Hanafi mendokong usaha membenteras ajaran Syiah Imamiah dari terus berkembang di negeri itu. Penulis cuba mengaitkan usaha kerajaan Negeri Kedah ini didalangi oleh Wahabi yang mereka dakwa sebagai terorist.

Mari kita baca apa kata mereka;

Mahkamah Batal Saman Pengikut Syiah Terhadap Utusan

KUALA LUMPUR, 14 Dis -- Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, pada Rabu berjaya dalam permohonan bagi membatalkan saman yang difailkan seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lepas berhubung artikel yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.

Hakim Datuk V.T.Singham membenarkan permohonan Utusan untuk membatalkan saman Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz selepas mendengar hujahan peguam M.Reza Hassan yang mewakili Utusan dan Azhana Mohd Khairudin bertindak bagi Mohd Kamilzuhairi.

Kamilzuhairi Bidas al-ahkam.net Isu Penyiaran Rakaman Dialog

Terima Kasih JAIP
Oleh
Mohd Kamilzuhairi Abd. Aziz

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Perak Darul Ridhwan khasnya Bahagian Penyelidikan JAIP yang diketuai oleh Us.Ashraf Ismail, Pejabat Agama Islam Bagan Serai dan semua wakil pihak berwajib negeri Perak mahu pun peringkat kebangsaan yang hadir kerana sudi menerima saya dan rakan-rakan yang dipanggil ''Pengikut Syiah'' untuk mengambil bahagian  dalam majlis yang julung kali dianjurkan dan tidak lupa juga berterima kasih kepada beberapa orang aktivis Wahabi tanahair yang hadir bagi melaksanakan tugasan mereka walau dengan apa motif sekalipun

Apabila penzina menghina Islam

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin bukan Islam menghina amalan, undang-undang dan kedudukan Agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan, secara bertubi-tubi. Seolah-olah ia dirancang begitu rapi, sama ada oleh parti politik, majlis peguam, NGO, individu tertentu dan sebagainya, yang tidak Islam. Pendek kata, mereka bergerak dalam segenap aspek, dalam satu pasukan menggunakan pelbagai label, pendekatan, sama ada secara lantang, licik dan halus. Paling ketara, kita lihat mereka saling sokong-menyokong. Tidak ada yang membantah.

Alaa Ustaz Sistem Kewangan Islam Sama Saja Dengan Sistem Konvensional

Oleh Asifa Anuar

Sering kita lihat si jahil yang mengkritik dan membetulkan pendapatnya, tapi yang kelihatan hanya kejahilannya.

Malam ini aku sempat mendengar satu perbincangan yang kelihatan canggung di mata ahli akademik dan susah diterima realiti. Walaupun perbincangan tak rasmi di kedai kopi, tapi aku anggap ini satu dari beribu manusia di luar sana yang masih gagal mentafsir Islam dari kaca mata ilmu dan hakikat. Perbincangan antara seorang ustaz yang aku kenal dengan kefahaman akademiknya dengan seorang ahli jemaah di sebuah surau di pinggir bandar Shah Alam sebentar tadi, betul-betul menarik minat aku. Banyak tajuk yang di ketengahkan, dan salah satunya berkisar kepada sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia.