December 2011

Kerana Tiada Muslim Disekelilingnya, Aysha Belajar Sembahyang Melalui Internet

1. Bersyukur Dapat Belajar Islam
Bagi Aysha, Islam bukanlah sesuatu yang asing. Wanita yang berasal dari Hungary Utara ini, biasa mendengar perkataan Islam itu sejak di bangku sekolah  menengah rendah lagi. Apa tidaknya, negara tempat tinggalnya merupakan salah satu bekas 'jajahan' Turki selama 150 tahun.

Pengetahuannya tentang Islam banyak diperolehinya melalui subjek sejarah. Islam cukup memberi kesan di dalam benaknya. Lulus sekolah menengah atas, dia mengambil jurusan biologi molekuler.

Komentar Ustaz Aizam Mas'ud Tentang Dialognya Dengan Ketua Syiah Malaysia

Oleh Ustaz Aizam Mas'ud (JAKIM)

Dalam tempoh sebulan ini, penulis berkesempatan untuk berdialog dengan beberapa penganut tegar Syiah di Malaysia. Satu di Melaka anjuran Jabatan Mufti Melaka dan satu lagi di Perak anjuran Jabatan Agama Islam Perak (sepatutnya satu lagi di Johor tetapi dibatalkan tanpa diketahui sebabnya, wallahu a'lam). Apa yang mengujakan apabila ketua Syiah Malaysia, "Hujjatul Islam" Kamil Zuhairi Abdul Aziz sanggup turun sebagai panel utama Syiah dalam dialog di Perak. Apa pun, berdasarkan pemerhatian dan penelitian penulis dalam siri-siri dialog tersebut, golongan Syiah dapat disimpulkan seperti berikut:

(Download MP3) Ustaz Nasim & Ustaz Aizam Berdepan Dengan Tokoh Syiah Malaysia

Ustaz Nasim (Abu Naaielah): "Alhamdulillah semalam berlangsung dialog dgn pihak Syi'ah. saya bersama Ustaz Aizam Mas'ud berdepan dgn tokoh syi'ah m'sia Kamil Zuhairi bersama Dr Azmi seorang doktor homoepati di Kemunting Perak. Dengar bagaimana pihak syi'ah mengelak dari menjawab soalan dan berbelit2 lari dr tajuk.. Insyaallah video akan diberikan oleh pihak jaip kpd saya tidak lama lagi.."

[BARU TERBIT] Antara Sunnah Dan Bid'ah Oleh Syeikh al-Qaradhawi

Tajuk buku: Antara Sunnah Dan Bid'ah
Penulis: Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Penterjemah: Muhammad Abdul Kadir Bin Sahak
Halaman: 102m/s
Harga: RM7.90 (SM) / RM8.90 (SS)
Kod: PJ-2135

Al-Sunnah dari sudut bahasa bermaksud: Jalan (cara) yang ditempuh, samada cara itu terpuji atau tercela. (Dari sudut penggunaan bahasa ini) menunjukkan adanya al-Sunnah al-Hasanah (Sunnah yang terpuji) dan al-Sunnah al-Sayyi-ah (Sunnah yang tercela). Maksud dari sudut bahasa ini bertepatan dengan maksud sunnah di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya:

Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas

Parameter Pelaburan Emas

Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

PAS Itu Syiah? PAS Diresapi Syiah? Apa Penjelasan Ketua Pemuda PAS

Petikan dari FB Ustaz Nasrudin Hassan Ketua Pemuda PAS Pusat menjawab asakan sebahagian orang yang menuduh PAS sebagai sarang Syiah. PAS sebagai telah diresapi oleh Syiah. PAS juga dipaksakan untuk mengaku dengan semua yang dituduh itu. Mari kita baca apa penjelasan dari beliau. Kita pertimbangkanlah dengan akal yang waras:

Dengan Ilmu, Tiada Istilah Buang Masa

Oleh: Ustaz Adlan Abdul Aziz

"Jangan tolak ilmu dan perbincangan ilmiah dengan pelbagai alasan"

Sedar atau tidak, kita pernah terpengaruh dengan pandangan sebahagian (dengan niat yg pelbagai) yang nampaknya macam betul, tapi bila difikirkan, ia tidaklah benar 100%. Ini biasa kerana kita manusia yang lemah. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk terus terpengaruh, bukan?

[Syarah Sahih Muslim] Apakah Status Ibubapa Nabi s.a.w.? Ke Syurga Atau Neraka?

Oleh zain-ys (Berdasarkan syarah Sahih Muslim Maulana Mohd Asri)

Bab: Menyatakan Orang Yang Mati Di Atas Kekufuran Itu Akan Berada Dalam Neraka, Tidak Akan Mendapat Syafaat Serta Tidak Berguna Hubungan Kerabat Dengan Orang-orang Yang Hampir Dengan Allah

Dari Anas r.a. bahawa ada seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulallah, ayahku berada di mana?” Nabi s.a.w. menjawab: “Di dalam neraka.” Apabila lelaki itu berpaling pergi, Baginda s.a.w., memanggilnya lalu bersabda: “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka.”