February 2012

The Power Of Small & Hadith Rasulullah s.a.w.

Apabila membaca buku-buku penulis barat tentang kebahagiaan dan kejayaan hidup, saya suka membandingkan idea mereka dengan apa yang ada dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Ini semua saya lakukan sekadar mampu dan berikut ialah apa yang saya perolehi apabila membaca sebuah buku yang hebat...The Power Of Small

Sekadar ingin mencadangkan sebuah buku yang amat baik untuk dibaca. Buku terbitan tahun 2011 yang dikarang oleh dua pakar dalam bidang mereka - Linda Kaplan Thaler dan Robin Koval - amat menarik apabila dibaca dengan segala cadangan dan juga contoh kes sebenar yang berlaku.

KP JAKIM: Sebar Hadis Palsu Ibarat Pendustaan Terhadap Nabi

KUALA LUMPUR, 27 Feb  -- Sesiapa yang mencipta, mengguna dan menyebarkan hadis "palsu" dianggap telah melakukan pendustaan besar terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Jika mereka ini berniat jahat, ia boleh menyebabkan umat Islam hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap agama mereka," kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha kepada Bernama.

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui dan tercatat kebangkitan Muhamad s.a.w

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui
Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Jangan Menolak Semua Kebaikan Seseorang Hanya Kerana Dia Tidak Berjanggut

1. Apakah janggut itu syiar Islam sehingga haram mencukurnya?
2. Antara yang paling ringan dalam masalah janggut ialah mazhab al-Syafii yang mengatakan makruh mencukurnya.
3. Nabi s.a.w. tidak pernah walaupun sekali mencukur janggutnya.
4. Jangan hanya kerana seorang ilmuwan atau tokoh tidak berjanggut, maka ditolak keilmuan dan ketokohannya itu.
5. Jalan dan pintu kebaikan amat luas di dalam Islam, umatnya saling melengkapi sesama mereka.
6. Kelebihan mengikut sunnah janggut tidak ditentukan dengan panjang pendeknya, cukup sekadar dengan berjanggut.

DILEMA KEHIDUPAN ORANG KURANG UPAYA

Oleh Faizal Che Yusoff

KECACATAN yang dialami oleh seseorang Orang Kurang Upaya OKU akan menjadikan seseorang itu dilihat daif. Kecacatan juga akan menjadikan OKU itu dilihat serba lemah dan serba kekurangan. Natijah dari persepsi itulah golongan OKU akan dijadikan salah satu dari kumpulan yang harus diberi perhatian dalam program kebajikan.

Persepsi kebajikan seterusnya menjadikan OKU dilihat sebagai golongan yang perlu dibantu sebagaimana kelompok-kelompok minority lain termasuk orang miskin dan ibu tunggal.

Tuan Guru Hj Salleh Penanti: Digelar Musnid Malaysia

Oleh allangkati.blogspot.com

Pada Tahun 2009 Penulis (Muhammad Husni Ginting ) berangkat umrah dengan para ahbab, umrah ini merupakan satu bahagian kegiatan dari Sahah Husofiyah al-Langkatiyah Mesir, DiMakkah saya sangat ingin bertemu dengan Syeikh Soleh, tetapi beliau tidak ada di Makkah, takdir Allah pun mempertemukannya di Penanti Pulau Pinang, sehingga saya merasa senang sekali dengan pertemuan tersebut.

Nama lengkap dan kelahiran.
Nama lengkap beliau adalah : al-Musnid Syeikh Muhammad Soleh bin Usman Jalaluddin bin Abdus Somad al-Kelantani al-Fulfilani al-Malayuwi al-Makki.

About Mufti Ismail Musa Menk

Ismail Musa Menk was born in Harare, Zimbabwe. He was tutored by his father who is a well known scholar and Da'ee.

He completed his hifz and recitation courses at an early age and learnt the Arabic and Urdu languages whilst studying Shariah under his father. At the same time he attended an Academic College in Harare where he completed his secondary secular education. He then attained a degree in Shariah from the University of Madinah and later specialised in Iftaa at Darul Uloom Kantharia in Gujarat.

He is a broad minded, motivational speaker who has won the hearts of many.

SJ-05-0552 : Masalah Muafiq

:salam

Saya ada masalah gangguan was-was dan sering mengulang2 bacaan al-fatihah. kadang dah nak abis baca, then was2 dah baca bismillah ke tak masa awal fatihah (sebahagian ayat, jd kalo tak baca tak sah).

kadang2 pula bila imam baca panjang saya was2 dah baca fatihah ke belum.

masa solat jumaat tadi, rakaat pertama, saya berada di saf dari imam mula angkat takbir (of course, sebab ada khutbah sblm tu).
kemudian tak sempat tomakninah rukuk rakaat pertama dgn imam sebab saya selesaikan al-fatihah tu.

Perniagaan Pertukaran Asing (FOREX) Haram: Kata Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

KOTA BAHARU, 15 Feb - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Rabu memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.
Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."