August 2012

“Kita menyeru tafsiran baru terhadap al-Qur’an” – Dr Jasser Auda

Sebuah pusat penyelidikan di Qatar berusaha memberi fokus dan penumpuan yang lebih terhadap dimensi etika dalam Islam. Pengasas pusat tersebut dan pengarahnya, Tariq Ramadan, menyeru ke arah pentafsiran baru al-Qur’an untuk melonjakkan kefahaman Islam kontemporer berkait isu etika alam sekitar dan gender. Christoph Dreyer bercakap dengan timbalan pengarah pusat, Jasser Auda.

Fakta Ekslusif – Sejarah Tercetus Program Imam Muda & Ustazah Pilihan

1.      Pertama sekali kita semua hendaklah merafa’kan syukur ke hadhrat Allah SWT atas limpah dan izin-Nya program siri pencarian Imam Muda telah diterima ramai oleh pelbagai lapisan masyarakat bahkan ia telah menjadi satu gelombang baru dalam dunia hiburan yang berpaksikan keagamaan di Malaysia. Malahan , program Imam Muda juga yang telah memulakan langkahnya pada tahun 2010 telah berjaya menggamit kedatangan para media asing untuk melihat dari dekat keistimewaan program Imam Muda yang diterbitkan di Malaysia.

'Kafir harbi' umpama lampu hijau untuk membunuh- Dr Maszlee Malik

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi.

Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.