August 2013

Tidak Sahih! Hadis Tsa'labah bin Abdur Rahman Yang Terlihat Aurat Perempuan Ansar

Tsa'labah bin Abdurrahman telah berkhidmat dengan Rasulullah s.a.w, dalam segenap perkara. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah mengutusnya untuk satu keperluan. Dalam perjalanannya dia melalui rumah sahabat Ansar lalu terlihat wanita Ansar sedang mandi. Kemudian timbul rasa takut akan turun wahyu kepada Rasulullah s.a.w. mengenai perbuatannya itu. Tsa'labah di dalam kisah ini adalah Tsa'labah bin Abdur Rahman. Beliau bukanlah Tsa'labah dalam kisah palsu tidak menunaikan Zakat. Tsa'labah dalam kisah berkenaan bernama Ts'labah bin Hatib al-Ansari.

Kategori Berita: 

TIDAK SAHIH! Kisah Tsa'labah Enggan Bayar Zakat

Pandangan Dr MAZA, Maulana Asri, Dr Ahmad Najib dan Dr Abdul Basit Abd Rahman. Mana-mana penceramah dan mana-mana ustaz, kami memohon agar tontonlah video ini. Belajarlah sesuatu darinya... Agar tidak lagi berlaku penyebaran tentang kisah Tsa'labah ini dan yang seumpamanya. Sedangkan ramai orang awam yang sudah tahu tentang kekarutan kisah ini.

Kategori Berita: 

Maulana Asri: Sunnah Seorang Murid Khidmat Kepada Gurunya

Dari Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah kencing, maka Umar r.a. berdiri di belakang Baginda s.a.w. dengan satu bekas air. Lalu Baginda s.a.w. bertanya: "Apakah ini wahai Umar?" Umar r.a. menjawab: "Ini air untuk engkau bersuci dengannya." Baginda s.a.w. menjawab: "Tidaklah aku diperintahkan supaya aku berwudhu' setiap kali aku kencing. Kalaulah aku melakukannya, nescaya ia akan jadi sunnah." (Hadis Dhaif riwayat Abu Daud)

Kategori Berita: 

Selamat Menyambut 'Idul Fitri 1434 H dari al-ahkam.net

Pihak al-ahkam.net mengucapkan selamat menyambut 'Idul Fitri kepada semua umat Islam khasnya pengunjung setia al-ahkam.net.تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”. Mohon maaf zahir dn batin

Kategori Berita: 

Tips Bagaimana Berdoa Dengan Cara Yang Mengesankan & Menyentuh Kalbu

Info Audio Video: 
Maulana Shaari menerangkan antara waktu mustajab ialah hujung akhir hari Jumaat. Bagaimana cara mendapatkannya dan bagaimana cara berdoa dengan cara yang mengesankan dan menyentuh hati. Boleh tiru cara orang tabligh benua India berdoa.