Bab Tujuh: Kegunaan Martabat Tujuh

  • Mengapakah ada pihak yang begitu ghairah dengan asal kejadian alam menurut falsafat Martabat Tujuh? Mengapakah mereka tidak ikut panduan al-Qur'an dan Hadith-Hadith Sahih tentang kejadian alam semesta ini? Mengikut falsafah Martabat Tujuh bahawa alam ini terjadi daripada ada kepada ada. Seluruh semesta alam ini terjadi daripada Nur Muhammad dan Nur Muhammad terjadi daripada Nur Allah. Maka inilah pegangan dan keimanan kami ahli Tasawuf Wahdat al-wujud.