SJ - 2801 : Solat Jamaah atau solat sunat subuh 2

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2801 : Solat Jamaah atau solat sunat subuh 2

:salam
Bagaimanakah yg dimaksudkan boleh di qhada solat sunat subuh ini selepas Solat fardu subuh?
Adakah betul2 selepas selesai fardu subuh atau selepas terbit matahari. Saya keliru dgn perkataan "selepasnya" itu, kerana selepas fardu subuh adalah waktu haram.

wallahualam, :wassalam

Re: SJ - 2801 : Solat Jamaah atau solat sunat subuh 2

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan semutapi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebelum kita buat rumusan bagi persoalan diatas, elok rasanya kita nukilkan balik kata-kata para ulama' berkenaan dengan Qadho' Solat Sunat Subuh selepas waktu Solat subuh.

a. Hadith Nabi saw

Disana terdapat hadith yang membolehkan Solat Sunat fajar walaupun matahari telah terbit. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw bersabda :

[="#ff00000" size="3"]"ãä áã íÕá ÑßÚÊí ÇáÝÌÑ ÍÊì ÊØáÚ ÇáÔãÓ ÝáíÕáåÇ" ÑæÇå ÇáÈíåÞí¡ ÞÇá Çáäææí: æÅÓäÇÏå ÌíÏ"
"Barangsiapa yang tidak bersolat 2 rakaat Fajar sehingga terbit matahari, maka hendaklah ia bersolat" - Riwayat Al-Baihaqi, berkata Imam Nawawi: dan Isnadnya yang baik.

b. Pandangan ulama'

1. Dari Lajnah Fatawa Daimah Arab Saudi:

[="#0000ff" size="3"]ãä ÛáÈå Çáäæã Ýáã íÓÊíÞÙ ÅáÇ ÈÚÏ ØáæÚ ÇáÔãÓ ÝáíÕá ÇáÝÌÑ ßãÇ ßÇä íÕáíåÇ ãä ÞÈá æíÕáí ÓäÉ ÇáÝÌÑ ÞÈáåÇ
"Barangsiapa yang tertidur dengan bangun selepas matahari terbit, maka solahlah Subuh sebagaimana mereka solat sebelumnya dan bersolatlah sunat fajar sebelumnya. "

2. Shiekh Abdul Aziz bin Baaz :

[="#0000ff" size="3"]ÅÐÇ áã íÊíÓÑ ááãÓáã ÃÏÇÁ ÓäÉ ÇáÝÌÑ ÞÈá ÇáÕáÇÉ ÝÅäå íÎíÑ Èíä ÃÏÇÆåÇ ÈÚÏ ÇáÕáÇÉ Ãæ ÊÃÌíáåÇ Åáì ãÇ ÈÚÏ ÇÑÊÝÇÚ ÇáÔãÓ¡
Jika seorang Islam itu tidak mudah untuk menunaikan Solat Sunat Fajar sebelum Solat Subuh, maka dibolehkan menunaikannya selepas Solat subuh atau melewatkannya sehingga matahari naik

Rumusan : Sebaik-baik waktu solat sunat fajar ialah semasa masuk waktu Subuh. Solat Sunat Fajar dan witir merupakan dua solat Sunat yang Nabi saw tidak meninggalkannya walaupun didalam keadaan bermusafir. Ia menunjukkan Solat Sunat sebelum Fajar merupakan Solat Mu'akkad. Malah, jika dilihat dari Hadith riwayat Baihaqi menunjukkan betapa menunaikan solat ini dituntut.

Bilakah boleh Solat ini di Qada'?

Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz mengatakan bahawa jika tidak mudah (taisir) untuk melakukannya sebelum Subuh, maka bolehlah melakukan selepas Solat Subuh. Sebagai contoh soalan didalam SJ-2795, takut hilang Solat Jemaah bersama Imam mungkin akibat lambat ke masjid kerana terlewat bangun. Begitu juga dengan mereka yang tertidur atau terlupa, maka bolehlah ia melakukan Solat Sunat Fajar didalam 'waktu ia terjaga'. Kerana nabi saw bersabda didalam sebuah Hadith :

[="#800000" size="3"]ãä äÓí ÕáÇÉ Ãæ äÇã ÚäåÇ ÝáíÕáåÇ ÅÐÇ ÐßÑåÇ áÇ ßÝÇÑÉ áåÇ ÅáÇ Ðáß
"Barangsiapa lupa Solat atau Tidur, Solatlah apabila teringat, tidaklah ada kafaarah selain dari itu" - Riwayat Al-Bukhaari #572 dan Muslim #1564.

Didalam riwayat Al-Bukhaari #4370 dan Muslim #834, membuktikan bahawa Nabi saw telah mengqadho sunat Zohor setelah bersolat Asar. Qadha' solat menurut ulama'-ulama' solat, boleh dilakukan oleh seseorang walaupun didalam waktu yang haram bersolat. Menurut Lajnah Fatawa Daaimah Saudi Arabia :

[="#0000ff" size="3"]ææÞÊ ÇáÞÖÇÁ ãÝÊæÍ áíáðÇ æäåÇÑðÇ ÚäÏ ÇáÔÇÝÚí¡ æãäÚå ÃÈæ ÍäíÝÉ Ýí ÃæÞÇÊ Çáäåí Úä ÇáÕáÇÉ¡ æÞÇá ãÇáß æÃÍãÏ: íõÞÖí ÈÚÏ ÇáÝÌÑ ãÇ áã ÊõÕáøö ÇáÕÈÍ.
"Waktu Qadha' terbuka dari malam sehingga siang disisi Mazhab Syafie, dan Abu Hanifah melarang melakukannya pada waktu-waktu yang dilarang bersolat. Dan berkata Malik dan Ahmad : Qadho' selepas Fajar apa yang tidak disolatkan di waktu Subuh".

Dr Wahbah Zuhaily didalam Al-Fiqh Al-Islami Jilid I ada menyebut didalam bab Solat Sunat yang mempunyai sebab terdahulu membenarkan solat-solat ini dilakukan diwaktu luputnya solat kerana

1. Mempunyai sebab terdahulu atau mutaqaddim, seperti Solat Tahiyat Masjid dan Solat Sunat Wudhu'.
2. Mempunyai sebab muqaarin (ikut serta) seperti Solat jenazah, solat gerhana matahari, solat istisqa' (minta hujan) dan 2 rakaat Subuh.

Dr Wahbah Zuhaily menambah lagi, bahawa Solat Fardu atau Solat Sunat yang luput boleh diqadho' bila-bila waktu seperti mana hadith mutafaq 'alaih :

[="#800000" size="3"]ãä äÇã Úä ÕáÇÉ Ãæ äÓíåÇ¡ ÝáíÕÇáåÇ ÅÐÇ ÐßÑåÇ
"Barangsiapa yang tertidur sehingga terlepas Solat atau yang terlupa, hendaklah ia bersolat apabila dia mengingatinya"
----------------

Kesimpulan : Qadho' Solat Sunat Subuh dibenarkan (diberi keringanan) selepas Subuh akibat tertidur atau terlupa walaupun matahari dah naik. Malah Nabi saw pernah mengqadho' Solat Sunat Zohor selepas Solat Asar, dengan kata lain, didalam waktu yang diharamkan bersolat. Apa yang tidak wujud ialah Sunat selepas Subuh (Tidak ada sunat ba'diyah selepas subuh), dan apa yang dibenarkan (disebabkan faktor tadi) ialah Qadho Sunat Subuh (yang sepatutnya dilakukan sebelum Solat Subuh). Dengan kata lain, ulama'-ulama' Salaf, Malik, Ahmad dan Syafie membenarkan menqadho Solat walaupun diwaktu yang diharamkan bersolat. Kebenaran ini bukanlah merupakan satu kelaziman, tetapi diberi kepada sebab-sebab tertidur atau terlebih tidur atau lupa, yang diluar kawalan manusia dan tidak disengajakan. Begitu juga dengan solat yang mempunyai sebab terdahulu, seperti tahiyat masjid, boleh dilakukan diwaktu Solat-Solat tidak dibenarkan.

Wallahu'alam, wassalam
==============

Rujukan :

1. SJ - 2795 : Solat jemaah atau solat sunat subuh

2. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 1. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

خيرالأمين