SJ-1994: Kalau Raya Juma'at

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1994: Kalau Raya Juma'at

Pagi tadi saya terdengar satu kuliah yang mengatakan ada satu hadis Nabi saw yang mengatakan " tidak ada dua Khutbah dalam satu hari " persoalan saya.

1. benarkah ada hadis yang sebegitu dan status hadis
2. Jika benar bagaimana pula nak melakukan solat raya dan Jumaat sedangkan kedua duanya memerlukan khutbah
3. Apakah kewajipan solat jumaat telah gugur disebabkan perkara diatas.

Re: SJ-1994: Kalau Raya Juma'at

Jawab:
1. Status hadis itu syaz (diragui). Dalam ilmu kami matan hadis itu adalah merujuk pada solat witir,"Tidak ada dua witr pada satu malam." HR alKhamsah kecuali Ibn Majah dari Talq bin Ali. Minta tuan penceramah menjelaskan hadis itu.
2. Jika Raya jatuh pada hari Juma'at, umat diberi rukhsah (kelonggaran), jika dia mahu boleh solat Juma'at dan jika dia tidak mahu, pun boleh.Dalil" HR alKhamsah, disahihkan oleh alHakim dari Zayd bin Arqam," siapa yg suka solat Juma'at, maka solatlah." (Fiqh Sunnah)
3. Ya telah gugurlah kewajipan solat Juma'at bagi yg telah solat Raya. Ini juga pendapat Syafi'iyah (Fiqh Sunnah, Jld 1) WaLLahu a'alam