SJ-11-0251 : Zakat Fitrah dengan makanan bukan matawang?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0251 : Zakat Fitrah dengan makanan bukan matawang?

من البدع المنكرة التي أحدثها البعض واستمرأها الجل في السنوات الأخيرة هذه إخراج زكاة الفطر نقداً، والأصل أن تخرج من غالب قوت أهل البلد، وهذا مذهب الأئمة الأربعة إلا أبا حنيفة، فقد أجاز إخراجها نقداً، ولا حجة لأحد مع قول رسول الله صلى الله عليه وسلم، وقد قال أحمد لمن قال له: أجاز عمر بن عبد العزيز إخراجها نقداً: (أقول لك رَوَى ابنُ عمر عن رسول الله صلى الله عليه وسلم: "فرض رسول الله صلى الله عليه وسلم زكاة الفطر صاعاً من تمر، أوصاعاً من شعير"، وتقول أجاز عمر بن عبد العزيز إخراجها نقداً؟!!!).

فمن أخرجها نقداً لم تبرأ ذمته منها، حتى قال ابن القيم: (من كان طعامهم سمكاً أولبناً أخرجوها من السمك واللبن).

sumber: http://islamadvice.com/nasiha/nasiha68.htm#زكاة الفطر

Ini adalah kata-kata Syeikh AL-Amin Al-Haj Muhammad Ahmad. Terjemahannya ialah:

Antara Bid'ah Munkarah yang dilakukan oleh sebahagian orang pada tahun2 terkini ialah mengeluarkan zakat fitrah dengan matawang. Asalnya dikeluarkan makanan biasa bagi sesuatu negara. Inilah mazhab imam yang 4 kecuali Abu Hanifah. Dia membolehkan mengeluarkan matawang. Tiada hujah bagi seseorang jika bertentangan dengan sabda Rasulullah Sallalahualaihi Wasallam. Berkata Imam Ahmad kepada mereka yang mengatakan kepadanya: Umar Bin Abdul Aziz membolehkan mengeluar matawang: (Kami katakan kepada kamu Ibnu Umar meriwayatkan daripada Rasulullah Sallahualaihi Wasallam: 'Rasulullah Sallahualaihi Wasallam memfardukan zakat fitrah daripada secupak tamar atau secupak beras. dan kamu pula katakan Umar Bin ABdul Aziz mengeluarkan zakat fitrah dengan matawang?!!!)

Maka Sesiapa mengeluarkan zakat fitrah dengan matawang, dia tidak terlepas daripada kewajipan tersebut sehingga berkata Ibn Qayyim (Sesaipa yang makanannya ialah ikan atau sus maka keluarkanlah zakat fitrah dengan ikan atau susu.)

Boleh sesiapa memberi pendapat atau ulasan berhubung pendapat Syeikh Al-Amin ini. Wallahua'lam.

Re: Zakat Fitrah dengan makanan bukan matawang?

:salam

Bismillahi wal hamdulillah......

Bagi kami persoalan membayar zakat fitrah samada menggunakan makanan atau wang adalah persoalan khilafiah yang seharusnya kita berlapang dada untuk menerimanya.Jumhur ulama / Imam mazhab (Malik , Syafie dan Ahmad) mengatakan zakat fitrah hendaklah dibayar dengan makanan kecuali imam Abu Hanifah..

Begitu juga dengan kebanyakan ulama Muhaqqiqin / Mutaakhirin yang mengatakan harus mengeluarkan zakat fitrah dengan duit atas alasan lebih memudahkan dan sesuai di zaman sekarang dan lebih praktikal seperti antaranya kata-kata :

1. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqhuz Zakat dengan kkatanya , keharusan mengeluarkan zakat dengan duit adalah lebih menepati kehendak semasa dan dapat memberikan kemudahan kepada fakir miskin.

2. Dr. Mutafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha juga menjelaskan dalam kitab mereka al-Fiqh al-Manhaji “Tidak mengapa pada zaman ini untuk kita mengikuti pandangan mazhab Hanafi dalam masalah ini iaitu keharusan membayar zakat fitrah dengan wang kerana ia lebih mendatangkan manfaat kepada orang fakir dan lebih dekat kepada tujuan yang ingin dicapai…”

Apabila perkara tersebut merupakan perkara khilafiah , maka adalah tidak wajar jika dikatakan ianya tidak sah.Apa yang penting perlaksanaan zakat fitrah dapat dijalankan dengan sempurna dan dapat diagihkan kepada yang berhak....Allahu A'alam..

WA

Fiqh Zakat - Dr Yusof Al-Qaradhawi
Fiqh Manhaji - Dr Mustafa Al-Khin , Dr Mustafa al-Bugho.

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com