SJ-01-0007 : Ciri-ciri Muslim, Mukmin & Muttaqin

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0007 : Ciri-ciri Muslim, Mukmin & Muttaqin

:salam
Apakah ciri-ciri yang membezakan antara orang Islam, orang beriman dan orang yang bertakwa?
Adakah semua orang Islam akan memasuki syurga juga akhirnya?

terima kasih

re: SJ-01-0007 : Ciri-ciri Muslim, Mukmin & Muttaqin

Wa'alaikumussalam

Alhamdulilah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mukminin dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

(a) Perkataan Islam (ÅöÓúáóÇã) merupakan Isim (Kata Nama) yang bermaksud "Agama Islam"(Religion of the muslims) atau "Agama yang benar" (ÇáÏøöíäõ ÇáÍóäöíÝ). Orang yang menganut agama Islam dikata orang MUSLIM. Al-Syahrastani mengatakan bahawa 'Islam membawa erti patuh secara lahirnya, dan termasuklah didalamnya MUKMIN (Orang yang Beriman) dan MUNAFIQ (al-Milal wa Nihal, 1/40-41)..

(b) Perkataan Iman (ÅöíãÇä ) pula membawa erti percaya atau Tasdiq dan Iktikad (ÊóÕúÏöíÞñ æÇÚúÊöÞÇÏ).Orang yang beriman dikatakan MUKMIN. Menurut Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi Iman pada bahasa ialah 'percaya semata-mata'. Dari segi syara' pula ialah kata-kata dari kepercayaan yang khusus, iaitu percaya kepada Allah, malaikat, Rasul-Rasul, Kitab-kitabnya, Hari akhirat dan Qada' dan Qadar.

Dengan kata lain, seorang muslim (beragama Islam) terdiri dari mereka-mereka yang beriman dan juga tidak beriman (munafiq). Firman Allah swt :

ÞóÇáóÊö ÇáúÃóÚúÑóÇÈõ ÂãóäøóÇ Þõáú áóãú ÊõÄúãöäõæÇ æóáóßöäú ÞõæáõæÇ ÃóÓúáóãúäóÇ æóáóãøóÇ íóÏúÎõáö ÇáúÅöíãóÇäõ Ýöí ÞõáõæÈößõãú æóÅöäú ÊõØöíÚõæÇ Çááøóåó æóÑóÓõæáóåõ áóÇ íóáöÊúßõãú ãöäú ÃóÚúãóÇáößõãú ÔóíúÆðÇ Åöäøó Çááøóåó ÛóÝõæÑñ ÑóÍöíãñ
"Orang-orang "A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "-[Surah al-Hujurat : 14]

Ayat diatas ini jelas menunjukkan perbezaan diantara Iman dan Islam. Tha'lab mengatakan bahawa :'Iman itu dengan hati, dan Islam itu dengan lidah" [Lisan Al-Arab, 1/142].

(b) Perkataan Taqwa (ÊóÞúæóì) bermaksud 'Takut kepada Allah'. Ia berasal dari perkataan wiqaya (æÞì) yang membawa erti 'perlindungan, mempertahankan diri'. Orang yang bertaqwa digelar MUTTAQI. Taqwa dari segi syara' membawa erti : orang yang benar-benar tunduk kepada perintah Allah swt dan syariatnya, dan akan melahirkan rasa benar-benar takut akan Allah swt. Syarat menjadi orang yang bertaqwa ialah seseorang mesti beriman. Firman Allah swt :

Ðóáößó ÇáúßöÊóÇÈõ áóÇ ÑóíúÈó Ýöíåö åõÏðì áöáúãõÊøóÞöíäó. ÇáøóÐöíäó íõÄúãöäõæäó ÈöÇáúÛóíúÈö æóíõÞöíãõæäó ÇáÕøóáóÇÉó æóãöãøóÇ ÑóÒóÞúäóÇåõãú íõäúÝöÞõæäó. æóÇáøóÐöíäó íõÄúãöäõæäó ÈöãóÇ ÃõäúÒöáó Åöáóíúßó æóãóÇ ÃõäúÒöáó ãöäú ÞóÈúáößó æóÈöÇáúÂÎöÑóÉö åõãú íõæÞöäõæäó. ÃõæáóÆößó Úóáóì åõÏðì ãöäú ÑóÈøöåöãú æóÃõæáóÆößó åõãõ ÇáúãõÝúáöÍõæäó.
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. "-[Al-Baqarah : 2-5]

Hubung kait Iman dan Taqwa dapat kita lihat didalam ayat Al-Quran yang memerintahkan agar orang-orang BERIMAN menunaikan Puasa. Adalah diharapkan natijah daripada amalan puasa itu, seseorang itu akan mendapat TAQWA. Firman Allah swt :

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ßõÊöÈó Úóáóíúßõãõ ÇáÕøöíóÇãõ ßóãóÇ ßõÊöÈó Úóáóì ÇáøóÐöíäó ãöäú ÞóÈúáößõãú áóÚóáøóßõãú ÊóÊøóÞõæäó
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.- [Al-baqarah : 183]

Boleh kita katakan bahawa buah Iman dan Amal yang dilakukan secara ikhlas kepada Allah swt akan melahirkan Taqwa. Seorang penulis pernah berkata : "Taqwa (piety) is the heavenly water of life, and a Muttaqi (pious) is the fortunate one who has found it. Only a few individuals have achieved the blessing of this attainment (Taqwa ibarat air penghidupan, dan Muttaqi (orang yang bertaqwa) adalah mereka yang beruntung menjumpainya. Hanya sedikit bilangan mereka yang mencapai kurniaan ini)". Perinkat Taqwa merupakan satu pencapaian yang tinggi didalam Islam. Firman Allah swt :-

Åöäøó ÃóßúÑóãóßõãú ÚöäúÏó Çááøóåö ÃóÊúÞóÇßõãú
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu" - [Al-Hujurat: 13].

Drs Sidi Ghazalba pernah membicara tahap-tahap keIslaman seseorang. Beliau membahagikan kepada 5 tahap :

1. Muslim - Orang Islam
2. Mukmin - Orang Yang BerIman
3. Muhsin - Orang yang memperbaiki amalan-amalannya agar berqualiti
4. Mukhlis - Orang Yang Ikhlas didalam amalan-amalannya
5. Muttaqi - Orang yang mencapai maqam Taqwa.

Pendek kata , orang Islam yang beriman dan berusaha memperbaiki amalan (Ihsan) dan Ikhlas kepada Allah, dengan izinnya akan memncapai maqam Taqwa. Begitulah serba ringkas hubung kait dan ciri-ciri Islam, Iman dan Taqwa. WA.

wassalam

خيرالأمين

re: SJ-01-0007 : Ciri-ciri Muslim, Mukmin & Muttaqin

Assalamu'alaikum

Sambungan kepada soalan : Adakah semua orang Islam akan memasuki syurga juga akhirnya?

Merujuk kepada ayat diatas, Surah al-Hujurat : 14 bahawa orang Islam itu boleh terdiri dari orang yang beriman dan juga tidak beriman. Ibn Manzur mendefinisikan fasiq sebagai orang yang melakukan maksiat, tinggal perintah Allah dan keluar dari jalan yang benar. Firman Allah swt :-

ÃóÝóãóäú ßóÇäó ãõÄúãöäðÇ ßóãóäú ßóÇäó ÝóÇÓöÞðÇ áóÇ íóÓúÊóæõæäó
"(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan)." - [Surah al-Sajdah : 18]

Maka boleh dikatakan, orang Islam yang sengaja tidak menunaikan kewajipan (tetapi tidak menolak bahawa hukumnya wajib, tetapi malas melakukan) seperti solat, puasa, zakat dan haji dinamakan orang fasiq, dan orang fasiq ini akan diazab didalam api neraka. Firman Allah swt didalam surah yang sama :

æóÃóãøóÇ ÇáøóÐöíäó ÝóÓóÞõæÇ ÝóãóÃúæóÇåõãõ ÇáäøóÇÑõ ßõáøóãóÇ ÃóÑóÇÏõæÇ Ãóäú íóÎúÑõÌõæÇ ãöäúåóÇ ÃõÚöíÏõæÇ ÝöíåóÇ æóÞöíáó áóåõãú ÐõæÞõæÇ ÚóÐóÇÈó ÇáäøóÇÑö ÇáøóÐöí ßõäúÊõãú Èöåö ÊõßóÐøöÈõæäó
"Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu. " -[Surah al-Sajdah : 20]

Abdul Kahir Al-Baghdadi berkata : Melakukan dosa-dosa besar atau meninggalkan fardhu tanpa uzur itu akan menjadi fasiq, gugurlah syahadahnya, wajib dilakukan hukuman had atau dibunuh atau ditakzirkan, tetapi masih mukmin jika masih beriman kepada Rukun Iman dan Islam. [Usulluddin, edisi ke2, ms 268].

Abdul Rahman Ibn Ahmad al-Iji menyebut bahawa ada yang berpendapat bahawa orang yang melakukan dosa besar dari kalangan mereka yang bersolat adalah mukmin, Khawarij mengatakan bahawa mereka adalah golongan munafiq, dan Mu'tazilah mengatakan mereka ini tidak mukmin dan tidak kafir.

Ibn Khuzaimah berpendapat bahawa orang Mukmin yang melakukan maksiat tidak boleh memasuki syurga Allah swt bersama-sama orang mukmin yang soleh. Ini adalah kerana orang Mukmin yang melakukan maksiat / dosa-dosa besar akan diazab di dalam neraka dahulu sehinggalah bersih dari dosa-dosa dan akan dimasukkan kedalam syurga.

Selama-mana seorang Islam itu tidak syirik kepada Allah swt dan masih mengagungkan kalimah tauhid, ia masih berpeluang untuk masuk ke syurga. Ahli Sunnah wa Al-Jamaah berpegang kepada pendapat bahawa orang Islam yang melakukan maksiat statusnya masih Islam, selagi tidak mensyirikkan Allah swt dan mereka bukanlah dari kalangan mereka yang kafir. Setelah diazab dan dibersihkan dosanya di neraka, mereka akan berpeluang masuk ke dalam syurga. Sabda Nabi saw :-

ãä ßÇä ÂÎÑ ßáÇãå áÇ Åáå ÅáÇ Çááå ÏÎá ÇáÌäÉ
"Barangsiapa pada akhir kalamnya menyebut 'Tiada Tuhan melainkan Allah' akan masuk syurga" -[hadith riwayat Al-Hakim dengan sanad yang shahih]

Sabda baginda lagi :

ãä ãÇÊ áÇ íÔÑß ÈÇááå ÔíÆÇð ÏÎá ÇáÌäÉ¡ ÝÞÇá ÃÈæ ÐÑ æÅä Òäì æÅä ÓÑÞ¡ ÞÇá: æÅä Òäì æÅä ÓÑÞ
"Barangsiapa yang mati dan tidak mensyirikkan Allah dengan perkara apa sekalipun akan masuk syurga, dan berkata Abu Zar : walaupun mereka berzina dan mencuri, Sabda baginda : walaupun berzina dan mencuri" - [Hadith riwayat al-Bukhaari dan Muslim].

WA. wassalam

خيرالأمين