SJ-05-0107 :mana lebih afdal ikut Imam atau amal hadis sahih

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0107 :mana lebih afdal ikut Imam atau amal hadis sahih

Assalamulaikum...
Manakah lebih baik kita niat ikut imam doa qunut atau amal berdasarkan hadis sahih? Bagaimana pula kenyataan “Diangkatnya Imam itu ialah untuk diikuti jika dia bertakbir maka takbirlah…” (hadith sahih riwayat Muslim no. 404,Abu Daud dan Nasaie).
Bahkan menjaga perpaduan dalam umat Islam merupakan kewajipan serta dalam solat adalah lebih-lebih lagi dan ini terbukti dari perintah menyamakan soff barisan solat, menuruti Imam dan lain-lain.
Harap ustaz bantu.

Wassalam.

SJ-05-0107 :mana lebih afdal ikut Imam atau amal hadis sahih

:wassalam
alJawab:

Diajukan soalan yg serupa kepada Fadhilah Syaikh Samahah Muhammad Salil alUthaymiin rh, beliau menjawab, hendaklah beramal dengan hadith Muslim tersebut, mengikut dan mengaminkan do'a Imam.

Namun aku sukai dicari Imam yang tidak membaca qunut subuh.

Dalil yg masyhur ialah ketika Imam Syafi'iy menziarahi penduduk Iraq, beliau tidak membaca Qunut ketika menjadi Imam kerana mera'ikan madzhab Hanafi.

Inilah ruh khilaf fiqhi yg diamalkan oleh kaum salaf assoleh, toleran.

sekian

SJ-05-0107 :mana lebih afdal ikut Imam atau amal hadis sahih

Assalamu'alaikum. Sebagai tambahan sedikit.

Ibn Taimiyyah rh didalam mengulas kes amalan khilaf yang berbeza diantara Imam dan Ma'mum didalam solat, beliau menjawab :

æóÇáÕøóÍöíÍõ ÇáúãóÞúØõæÚõ Èöåö Ãóäøó ÕóáÇÉó ÇáúãóÃúãõæãö ÕóÍöíÍóÉñ ÎóáúÝó ÅãóÇãöåö , æóÅöäú ßóÇäó ÅãóÇãõåõ ãõÎúØöÆðÇ Ýöí äóÝúÓö ÇáÃóãúÑö : áöãóÇ ËóÈóÊó Ýöí ÇáÕøóÍöíÍö Úóäú ÇáäøóÈöíøö Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãóäøóåõ ÞóÇáó : ( íõÕóáøõæäó áóßõãú ÝóÅöäú ÃóÕóÇÈõæÇ Ýóáóßõãú æóáóåõãú , æóÅöäú ÃóÎúØóÆõæÇ Ýóáóßõãú æóÚóáóíúåöãú ) . æóßóÐóáößó ÅÐóÇ ÇÞúÊóÏóì ÇáúãóÃúãõæãõ Èöãóäú íóÞúäõÊõ Ýöí ÇáúÝóÌúÑö , Ãóæú ÇáúæöÊúÑö , ÞóäóÊó ãóÚóåõ . ÓóæóÇÁñ ÞóäóÊó ÞóÈúáó ÇáÑøõßõæÚö , Ãóæú ÈóÚúÏóåõ , æóÅöäú ßóÇäó áÇ íóÞúäõÊõ , áóãú íóÞúäõÊú ãóÚóåõ . æóáóæú ßóÇäó ÇáÅöãóÇãõ íóÑóì ÇÓúÊöÍúÈóÇÈó ÔóíúÁò , æóÇáúãóÃúãõæãõæäó áÇ íóÓúÊóÍöÈøõæäóåõ , ÝóÊóÑóßóåõ áÃóÌúáö ÇáÇÊøöÝóÇÞö æóÇáÇÆúÊöáÇÝö : ßóÇäó ÞóÏú ÃóÍúÓóäó .
"Pandangan yang benar ialah solat seseorang di belakang Imam tersebut sah, walaupun Imam melakukan kesalahan, kerana tsabit didalam Sahih bahawa Nabi :saw bersabda :'Mereka mengimami kamu solat dan jika betul, maka ia adalah untuk kamu dan mereka, dan jika silap maka untuk kamu dan kesilapan keatas mereka'. Begitu juga seseorang yang solat berjemaah didalam Solat Subuh atau Witr, hendaklah qunut bersamanya; samada sebelum atau selepas ruku'. Dan jika kamu tidak biasa melakukan qunut, tidak usah qunut bersamanya. Dan Jikalau Imam berpendapat bahawa sesuatu perkara itu mustahab (digalakkan), dan Ma'mum berpendapat bahawa ia tidak mustahab, maka hendaklah ditinggal disebabkan menjaga suasana keharmonian : Dia telah melakukan yang terbaik." [al-Fataawa al-Kubra,2/117].

Begitulah akhlaq golongan salaf menjaga keharmonian pendapat didalam perkara-perkara yang di khilafkan. WA.

wassalam

خيرالأمين