SJ-05-0137 : URGENT!!! MASALAH KECOH SOLAT JUMAAT

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0137 : URGENT!!! MASALAH KECOH SOLAT JUMAAT

:salam

Saya ada perjumpaan dengan jk kariah kampung esok mengenai permasalah berlaku kekecohan solat jumaat pada 12 mei lepas

antara intipati permasalahannya seperti di bawah:

1 - pada 12 mei 2006 yg lepas, solat jumaat sepatutnya diimamkan oleh ustaz A yang bertauliah tp ia melantik seorang penuntut pondok iaitu ustaz B.

2- semasa ustaz B sedang berkhutbah, ustaz C yg berada di saf pertamabercakap-cakap semasa ustaz B berkhutbah. Semasa ustaz B trn dr mimbar, ustaz C berjumpa dengan ustaz B dan mendakwa ustaz B membaca ayat Quran tidak betul. Selepas pada itu ustaz C merampas microphone dan mengimamkan solat jumaat pada hari itu,

3- setengah makmun tidak puas hati dengan tindakan ustaz C tadi dan setengahnya lagi mengatakan tiada apa2 masalah.

4- Ada juga pihak yang mendakwa ustaz C sebelum ini tidak waras.

Bagaimana situasi dan hukum solat jumaat pada hari itu bg kariah tersebut???sedangkan masih ada lg imam yg bertauliah...

Jika boleh, permasalah ini dirungkaikan sesegera yg mungkin...kerana esok adalah penentuannya.....

SJ-05-0137 : URGENT!!! MASALAH KECOH SOLAT JUMAAT

:wassalam

alJawab:

AJK mesjid hendaklah menjaga keselamatan dan ketenteraman mesjid tersebut dan tidak boleh membenarkan lagi rampasan kuasa seperti yang dilakukan oleh Ust C. Tindakan Ust C merampas jawatan Imam adalah bercanggah dengan dengan perintah RasuluLlah saw:

" Sesungguhnya Imam itu diangkat untuk dita'ati." HR Bukhari-Muslim dari Abu Hurayra ra.

Imam A adalah Imam yg sah, tindakannya melantik Imam B adalah sah dan si C tidak berhak merampasnya. Dia boleh menegur kesilapan si B, tapi tidak boleh bertindak merampas kuasa.

Hukum solat Juma'at pada hari itu adalah sah jika semua ahli qaryah termasuk Imam A dan B berdiri di belakang Imam C. Kecuali jika saf berpecah dua, maka jama'ah yg sah ialah jama'ah Imam yang dilantik oleh penguasa.

Imam atTermidzi menaqalkan fatwa Imam Ahmad Ibn Hanbal. " jika Imam yg dibenci itu hanya dibenci oleh satu dua orang, imamiahnya sah, kecuali imam itu dibenci oleh majoriti jama'ah." sekian
sekian