SJ-05-0499 : keluar waktu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0499 : keluar waktu

salam,

ada sorang hamba Allah ni dia time solat je memerlukan time table dan tak yakin kalo tak tengok solat prayer timetable. i.e kalo solat waktu subuh pukul 6.30 pagi dia tetap nak check dah syuruk ke belum though kat malaysia ni syuruk biasanya 6.55 a.m ke atas.

kebetulan satu hari tu dia tak ada akses ke jadual, dia solat tapi macam was-was.. sah ke solat dia. though waktu tu 6.30 pagi ... kalo orang yg tak was-was macam dia sure dah bantai gelaks pasal dah tentu waktu tu masih dalam lingkungan subuh.

ape pendapat ustaz pasal orang ni. :mrgreen:

Re: keluar waktu

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Sepatutnya dia hanya perlu memastikan adakah sudah masuk waktu solat atau belum. Jika sudah masuk masuk waktu solat, maka dia bersolat. Tidak perlu was-was adakah waktu sudah habis atau belum. Kerana was-was dan teliti dalam perkara inilah yang membuang masanya dan akhirnya melewatkan solatnya.

- Untuk menghindari was-was ini, dia hendaklah bersembahyang berjemaah di masjid bersama orang lain. Lagipun, apabila bersama-sama dengan jemaah, maka kuranglah peluang syaitan untuk mengganggu ibadah hamba-hamba Allah. Sebagaimana serigala akan menyerang kambing yang bersendirian dan lari dari kumpulannya.

- Dia juga mestilah berusaha bersungguh-sungguh menghindari penyakit was-was kerana ia adalah dari syaitan.

Wallahu A'lam.