SJ-05-0511 : Memastikan jawapan panel utk SJ-05-0507

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0511 : Memastikan jawapan panel utk SJ-05-0507

salam,

jawapan shekh kamin

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=95&t=38812

Jika anda masbuk, anda hanya perlu membaca selawat keatas Nabi :saw jika anda berpegang kepada Mazhab Syafie, dan jika anda berpegang kepada Mazhab yang lain, maka memadai membaca Tashahud sehingga Syahadah. WA.

setau saya kalo imam pada rakaat akhir, kita kena ikut imam.. (baca tasyahud dengan solawa kepada nabi dan keluarganya), kalau setakat kepada Nabi adalah untuk tahiyyat awal saja.

bukankah begitu?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Memastikan jawapan panel utk SJ-05-0507

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Persoalan ini merupakan khilaf dikalangan ulama' Mazhab. Imam al-Syafie rh berpendapat bahawa rakaat pertama seseorang makmum (masbuk) mendapatkan Imam adalah merupakan rakaat pertamanya, dan bukan rakaat Imam (contohnya Imam sudah berada di rakaat akhir solat Zohor). Maka duduk makmum adalah secara iftirasy dan membaca tashahhud awal.

Bagi Imam Abu Hanifah rh, Malik rh dan Ahmad rh berpendapat bahawa rakaat pertama yang didapati oleh makmum bukanlah rakaat pertama baginya, akan tetapi adalah rakaat Imam. Misalnya rakaat keempat Imam adalah rakaat keempat Makmum yang masbuk. Maka posisi duduk makmum adalah tawaruk dan membaca seperti tashahhud akhir sebagaimana Imam lakukan.

Berlakunya keadaan ini disebabkan perbezaan lafaz hadith Abu Hurairah ra. yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim

إِذَا أَتَيْتُمْ الصَّلاَةَ فَلاَ تَأْتُوْهَا وَأَنْتُمْ تَسْعَوْنَ وَأْتُوْهَا وَعَلَيْكُمْ السَّكِيْنَة فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا وَفِي لَفْظٍ فَاقْضُوا
"Jika solat telah didirikan, makan jangan kamu mendatanginya secara tergesa, akan tetapi datangi secara tenang. Solatlah (bersama) apa yang kamu dapatkan dan sempurnkanlah yang kamu tertinggal. Didalam lafaz lain : dan qadha'lah apa yang kamu tertinggal"

Imam al-Syafie mengambil lafazh فَأَتِمُّوا "maka sempurnakanlah", sedangkan tiga imam mengambil lafazh فَاقْضُوا "maka qadha'lah".

Menyempurnakan bermaksud rakaat pertama yang didapatkan masbuk adalah adalah rakaat pertamanya, menurut Imam al-Syafie.

Mengqadha` bermaksud rakaat pertama yang didapatkan masbuk bukan rakaat pertama baginya, tetapi rakaat dia adalah rakaat imamnya. Ini adalah pendapat 3 Imam tersebut.

Majoriti ulama' hadith mengambil lafaz "maka sempurnakanlah" sebagaimana pendapat Imam al-Syafie. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين