SJ-07-0052 : Ayat Penyeri Wajah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0052 : Ayat Penyeri Wajah

:salam

Ada tak ayat2 quran yang boleh diamalkan sebagai penyeri wajah dan juga orang senang tengok kita....???

SJ-07-0052 : Ayat Penyeri Wajah

:wassalam

alJawab:

Lajnah Fatwa Arab Saudi mengeluarkan sejumlah fatwa dan panduan yang dinamakan "Bida'unNas fiil al-Qur:an" maksudnya Penyimpangan manusia terhadap al-Qur:an dan salah satu penyimpangan itu ialah mendekati al-Qur:an untuk mendapat sesuatu dengan mudah dan cepat.
Seperti ayat seribu dinar untuk lancar bisnes, ayat penyeri wajah, pendinding, dsbnya. Maka perbuatan ini adalah tertegah. (Darul Wathan, Riyadh, cetakan satu, 1999)

Penyeri wajah dan disenangi orang ialah membaca AQ dan mengamalkan isi kandungannya. Itulah yang dilakukan oleh kaum salaf, terutamanya RasuluLlah SAW, bahawa Aisyah memberitahu para sahabat, bahawa ä akhlak baginda adalah al-Qur:an. AQ adalah cahaya, sesiapa yang sering membaca, hafal, beramal, dan mengkhatamnya secara berkala, insyaAllah akan mendapat nur dan nur itu akan terpancari dar segenap badannya.

HR Bukhari Muslim, " Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Qur:an laksana buat oren, baunya yang harum dan rasanya yang manis."

Muka yang berseri dan bercahaya dapat di capai dengan banyak amalan harian, antaranya wudhu'yang sempurna.
Dalil: HR Muslim dari Abu Hurayra. "kecemerlangan (wajah) kaum mukminin itu sebanyak mana wudhu'yang pernah dilakukan."

Keikhlasan kita dalam beramal dan berjihad juga akan melahirkan nur dan disenangi oleh penduduk bumi dan langit. sekian