SJ-07-0086 : Al-Ma'thurat...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0086 : Al-Ma'thurat...

:salam
Saya nak tahu sama ada Rasulullah s.a.w memang mengamalkan membaca Al-Ma'thurat?Jika ya,apakah bacaan yang baginda baca?Terima kasih.

SJ-07-0086 : Al-Ma'thurat...

:wassalam

al-Jawab:

al-Makthurat adalah sebuah Risalah zikir dan du'a yang dihimpun oleh Ustaz Hasan alBanna (w. 1949) untuk kegunaan Ikhwannya sebagai bacaan standard dan seragam ketika berzikir. Hasan alBanna membenarkan anggota pergerakannya membaca zikir makthurat ini secara jama'iy.

al-Banna mendakwa risalah alMakthurat itu diambil dari kitab-kitab sunan, maksudnya ia adalah zikir-zikir dan do'a2 yg diamalkan oleh RasuluLlah saw.

Dalam penelitian kita, memang benar bahawa majoriti zikir2 dalam risalah itu adalah hadith yg sahih dan hasan, kecuali ada beberapa zikir yg bertaraf dha'if yang bukan fatal.
Manakala do'a rabithah yang terdapat dalam risalah al-Makthurat itu merupakan do'a dari tareqat yg popular di Mesir. sekian