SJ-07-0178 : PANAS DAN GILA ISIM?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0178 : PANAS DAN GILA ISIM?

:salam

1-Apakah benar ada amalan zikir yang boleh menyebabkan rasa panas?

2-Apakah benar GILA ISIM berlaku jika tidak mengamalkan zikir dengan betul?

SJ-07-0178 : PANAS DAN GILA ISIM?

:salam

Bismillahi wal hamdulillah ,

Sebenarnya tidak terdapat pun amalan zikir yang bila dibaca akan menyebabkan seseorang itu akan merasai kepanasan , kecuali jika individu tersebut ada mengamalkan suatu amalan yang bercanggah dengan Islam.

Seperti : Seseorang yang mengamalkan mantera2 sihir yang berlandaskan ilmu hitam untuk tujuan tertentu seperti kebal , pengasih , penggerun , penarik duit dan sebagainya.

Ini kerana , mereka yang mengamalkan ilmu hitam , tidak dibolehkan untuk membaca apa sahaja ayat atau zikir yang menyebut nama Allah swt.

Bagi persoalan kedua :

Gila Isim hanya berlaku kepada seseorang yang mengamalkan sesuatu isim atau bacaan-bacaan tertentu yang menyimpang dari ajaran Islam.Bila mana amalan tersebut tersalah digunakan atau tidak diamalkan dalam tempoh masa yang tertentu , akan mengakibatkan seseorang itu mengalami gangguan atau sakit yang kadang-kadang boleh membawa kepada gila , sewel , sasau dan sebagainya.

Sesungguhnya tidak ada istilah Gila Isim dalam ajaran Islam.Seseorang Muslim bebas untuk mengamalkan sesuatu zikir dan bacaan yang thabit asalnya dari Rasulullah saw atau yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim tanpa sebarang keraguan dan pantang larang.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com