SJ-09-0044 : Minum Air Zamzam Lepas Tawaf Bid'ah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0044 : Minum Air Zamzam Lepas Tawaf Bid'ah?

:salam

Moga dirahmati Allah...

Pertanyaan yang memerlukan pencerahan..
1) Mengenai minum air zamzam lepas tawaf dan solat sunat dibelakang maqam Nabi Ibrahim yakni sebelum mengerjakan sa'ie...adakah ia bid'ah atau sunnah??
2) Adakah setiap kali minum air zamzam dengan melihat ka'abah juga bid'ah?
3) apakah amalan nabi SAW yang paling tepat??

Persoalan ini timbul setelah meneliti jawapan di http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=98&t=15079

Shiekh Nasyiruddin Al-Albani didalam buku Hajjatu Al-Nabi (ms 116-119) telah menyenaraikan beberapa bid'ah-bid'ah yang dilakukan oleh mereka yang menunaikan Haji atau Umrah, dan diantara bid'ah yang dilakukan oleh mereka-mereka yang bertawaf (yang ada kena-mengena dengan AIR) [4]:
6. Bid'ah no:60 : "Apa yang dinyatakan didalam beberapa buku Fiqh mengenai meminum Zamzam didalam beberapa teguk, dan setiap kali melihat kepada ka'bah"

Sekian...terima kasih atas keperihatinan..

:wassalam

Re: Minum Air Zamzam Lepas Tawaf Bid'ah?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Dalam kisah haji Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, sabit bahawa baginda minum zamzam selepas tawaf. Persoalannya, adakah perbuatan baginda minum zamzam selepas tawaf dikira sebagai satu anjuran syarak selepas tawaf, ataupun baginda minum secara kebetulan kerana dahaga atau sebab-sebab lain.

Dengan dua kemungkinan ini, maka timbul dua pendapat; pertama: sunat minum zamzam selepas tawaf. kedua: bukan sunat selepas tawaf, ia sama seperti meminum pada masa-masa biasa.

2. Melihat Kaabah sewaktu minum zamzam ada disebut dalam sesetengah kitab feqah. Tetapi setakat pencarian, kami belum menemui dalil khas tentangnya. Wallahu A'lam.

3. Amalan Nabi Sallallahu Alahi Wasallam, ialah sebagaimana dalam hadis yang sahih:

ثُمَّ أَتَى الْبَيْتَ فَطَافَ بِهِ ثُمَّ أَتَى زَمْزَمَ

Maksudnya: "Kemudian baginda datang ke Kaabah, lalu tawaf. Kemudian datang ke zamzam".

Oleh kerana perbuatan minum zamzam ada tersebut dalam hadis sahih, dan ada ihtimal (kemungkinan) ia dilakukan sebagai anjuran syarak, maka perselisihan pendapat ini mestilah diraikan.

Wallahu A'lam.