SJ-11-0137 : Vendor Kepada Syarikat Yg Berurusniaga Haram

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0137 : Vendor Kepada Syarikat Yg Berurusniaga Haram

Salam Ustaz,
Ana dh bincangkan soalan ini kt thread umum. tp biadala, kekadang panel2 fiqh tak sempat nk tgk. Tp, Alhamdulillah, sahabat2 dpt memberi sedikit input.

ni ref threadnye:
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=34270

Bolehkah ustaz perjelaskan lagi maksud syubhah?

Ini beberapa contoh keadaan:
1. Vendor/staff yg ambil upah buat advertising utk produk yg haram. e.g mlm, kad kredit, loan. (termasuk graphic, website, video)
2. Vendor/staff yg develop computerized system utk manage aktiviti syarikat.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0137 : Vendor Kepada Syarikat Yg Berurusniaga Haram

:wassalam

JAWAPAN:

Jawapan kepada kedua-dua permasalahan tersebut adalah berdasarkan kepada sebuah hadis nabi saw :

ÏÚ ãÇ íÑíÈÜÜÜÜß Åáì ãÇáÇ íÑíÈÜÜÜß
“Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu” ( HR Tirmizi no: 2520 ) [tahqiq/thtl: dinilai sahih oleh al-Albani, sahih atTermidzi dari Hasan bin Ali bin Abi Thalib ra]

Hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita , menjauhi perkara yang syubhat adalah lebih baik daripada kita melakukannya kerana dibimbangi terjerumus kepada yang haram.

Begitu juga dengan firman Allah swt dalam al-Maidah ayat 2 :

“Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan Yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang Yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang Yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, Yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan Ibadat Haji di tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”.

Malah terdapat satu kaedah fiqh yang bersangkut paut dengan masalah tersebut :

ÇáÜÜÍÑíã áå ÍÜÜÜßã ãÇ åæ ÍÜÜÜÑíã áå

“Yang mengelilingi larangan hukumnya sama dengan yang dikelilingi”

Jelas daripada ketiga-tiga dalil diatas , bahawa melakukan perkara yang bersangkut paut dengan perkara yang haram adalah tidak dibolehkan dalam Islam, kerana secara tidak langsung ianya termasuk dalam aktiviti yang boleh menyokong dan membantu perkara yang haram tersebut.

WA

Ust Jawhar al-Yamani via thtl

Rujukan :
2. Al-Quran al-Karim
3. Al-Ashbah wa al-Nazair , As-Suyuti , Dar ‘Alamul kutub , 2000