SJ-12-0220 : Pukul suami dan cerai dlm keadaan marah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0220 : Pukul suami dan cerai dlm keadaan marah

Saudara, saya dan suami telah berselisihan faham dan mengakibatkan kemarahan yang amat sangat kepada suami kerana saya telah memukulnya. Dalam keadaan yang sangat marah hingga hilang pertimbangan suami telah melafazkan cerai keatas saya. Kami berbaik semula dan dia mengatakan dia melafazkan cerai tanpa niat kerana terlalu marah. Apa kah lafaz cerai suami sah?

SJ-12-0220 : Pukul suami dan cerai dlm keadaan marah

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Ada hadis menunjukkan tidak jatuh talak dalam keadaan sangat marah, iaitu hadis:

áÇ ØáÇÞ æáÇ ÚÊÇÞ Ýí ÅÛáÇÞ

ertinya: "Tiada talak dan tiada pembebasan (hamba) dalam keadaan tertutup".
HR: Abu Daud (no: 2195), Ibn Majah (no: 2046). Dinilai sahih oleh Hakim (no: 2802).

Kalimah 'tertutup' ditafsirkan sebagai 'marah' oleh Masruq, Abu Daud, Syafie, Ahmad, dan lain-lain. Ertinya, jika berlaku lafaz cerai dalam keadaan marah, tidak jatuh talak itu.

Kemarahan yang dimaksudkan ialah, kemarahan yang menyebabkan si suami tidak sedar apa yang diucapkan oleh mulutnya, seolah-olah akalnya sudah tertutup ketika melafazkan cerai itu. Manakala kemarahan biasa, yang mana si suami sedar apa yang diucapkan, ia tetap menjatuhkan talaknya.

Walaubagaimanapun, permasalahan talak mestilah diminta fatwa khas daripada pihak berwajib, atau orang alim, kerana ia memerlukan tasawwur yang jelas terhadap masalah. Kaedah mengatakan: Meletakkan hukum ke atas sesuatu adalah furuk kepada tasawwur permasalahan.

rujukan:
- http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=95126&Option=FatwaId
- http://www.islamweb.net/ver2/library/BooksCategory.php?idfrom=348&idto=348&bk_no=34&ID=311

SJ-12-0220 : Pukul suami dan cerai dlm keadaan marah

S 57 UKIP

(intipatinya)

-menghendaki mana-mana orang yang telah melafazkan talaq diluar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah hendaklah melaporkan hal itu kepada MS dalam tempoh 7 hari dari tarikh pelafazan talaq tersebut.

mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk emmasytikan sama ada talaq itu adalah sah mengikut hukum sayarak.

Jika sabit dan sah,MS akan akan buat perintah mengesahkan lafaz cerai tu dan merekodkanya,serta rekod tersebut dihantar ke Jab Agama bagi beberapa tujuan lain.(pengeluaran surat cerai/jika rujuk surat akuan rujuk akan dikeluarkan)

Juga bagi tujuan pendakwaan cerai tanpa kebenaran-S 125.

Pihak-pihak akan dipanggil memberi keterangan begitu jugak saksi2(jika ada)

Sekian untuk maklumat tambahan.