SJ-13-0049: benarkah pintu IJTIHAD sudah tertutup

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0049: benarkah pintu IJTIHAD sudah tertutup

assalamualaikum..... ana ade satu kemusykilan. benarkah pintu IJTIHAD sudah tertutup ngan 4 mazhab ini syafie, hambali, maliki, hanafi? mengapa ini berlaku? apa yang dimaksudkan dgn QIAS pula? diharap kpd moderator atau sesiapa saja dapat menjawab soalan ini dangan hujah2 yang yaqin, InsyaAllah...... wassalam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0049: benarkah pintu IJTIHAD sudah tertutup

:salam

soalan pertama
Pintu ijtihad tidak pernah ditutup oleh mana-mana mazhab. Pintu ijtihad hanya ditutup kepada mana-mana dalil yg qat'ie dan cuba diistinbadkan hukumnya.

Contoh hukum yg sudah qat'ie:
1. Pengharaman memakan daging khinzir
2. Pengharaman meminum arak
3. Hukum hadd

Hukum2 sebegini dalilnya sudah bersifat qat'ie kerana ia adalah jelas tanpa ada samar2 dan tidak perlu lagi diijtihadkan ke atasnya. Malah menjadi haram ijtihad ke atasnya.

'ala kullihal, dalil2 yg masih bersifat zan diperbolehkan melakukan ijtihad. Namun demikian, perlu dipenuhi syarat2 ijtihad.

Yusuf Al-Qaradhawi dlm Kitabnya, Syari'atul Islamiyyah, menyebut (yg mafhumnya lebih kurang):
"ijtihad itu satu keperluan. namun demikian tidaklah kita meninggalkan warisan fiqh. tidaklah kita menolak syarh hadith ulamak terdahulu. apakah kita perlu memulakan syarh hadith dari kosong?"

Dlm kaedah disebut:
Taghayyirul Ahkam bi taghayyirul azminah wal amkinah - perubahan hukum berlaku di atas perubahan masa dan tempat.

Sbg contohnya, dahulunya ulamak berpendapat hukum merokok adalah makruh. ttp apabila kajian sains membuktikan sebaliknya, maka hukum merokok menjadi haram.

Islam bukanlah agama jumud, ia bersifat elastik sesuai dgn perkembangan semasa. Jgnlah pula dianggap elastiknya itu merubah islam kpd peredaran zaman sebaliknya ia membawa maksud hukum2 ijtihad perlu diperbaharui dgn tidak mengenepikan ijtihad yg terdahulu dan dgn kajian secara terperinci.

Soalan kedua:
al-qiyas dari segi lughawi membawak maksud al-taqdir atau ukuran dan persamaan. Ulamak usul dari segi istilah mengatakan ia membawa maksud spt berikut:
1. Menjelaskan hukum terhadap sesuatu perkara yg tidak ada ketetapan nasnya di dlm al-quran dan as-sunnah dgn membuat perbandingan terhadap sesuatu perkara yg
telah ditetapkan hukumnya berdasarkan nas (Athar al-adillah al-mukhtalif fi ha, Mustafa al-bugha)
2. Menyamakan masalah yg tidak jelas hukumnya dlm al-quran atau as-sunnah atau ijmak dgn masalah yg telah dijelaskan hukumnya di dlm salah satu dalil tersebut
berdasarkan persamaan 'illah hukum (Al-wajiz fi usul al-fiqh, Abd Karim zaidan)

qiyas mesti memenuhi 4 rukunnya. tanpa 4 rukunnya, maka qiyas itu menjadi bathil. antaranya rukunnya:
1. Asal
2. Hukum asal
3. Al-Fat'
4. Illah

Jenis2 qiyas:
1. Qiyas al-awla
2. Qiyas al-musawi
3. Qiyas al-adna

Ada aliran fiqh yg menolak kehujjah qiyas spt mazhab zahiri antaranya Ibn Hazm.

Sekadar ringkasan.