SJ-13-0158 : Surat Imam ibn Wahhab

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0158 : Surat Imam ibn Wahhab

akom,

bolehkah ahl panel berikan surat kesetiaan imam ibn wahhab kpd khalifah uthmania di sini serta referencenya.

SJ-13-0158 : Surat Imam ibn Wahhab

:wassalam

surat2 Imam Muhammad Abdul Wahab boleh dilihat dalam kitabnya yg berjodol adDurar alSunniyah, Jilid 1/ ms 90.

Juga lihat maqallah Dr Ajil Jasim anNasymi yg bertajuk, Dawlah alKhilafah wal Harakah alWahabiyah (pemerintahan Khilafah dan dan Gerakan Wahabiah terbitan Majallah alMujtama' Edisi no 491, 506, 510 dan 522. Majalah alMujtama' diterbitkan di Saudi.

Tidak lama, sdr Hafiz Firdaus Abdullah (Perniagaan Jahabersa) akan menerbitkan kitab Pemurnian fitnah terhadap Wahabiah bersama hasil usaha beberapa penulis tempatan. Tunggu kelahirannya tidak lama lagi dan di dalamnya kemungkinan akan disiarkan surat2 syaikh wahabi bukan sahaja mengenai khilafah uthmani tetapi surat2 beliau kepada pemimpin kabilah sekitar saudi/Nejd. sekian

sekian

SJ-13-0158 : Surat Imam ibn Wahhab

assalamu'alaikum

Sedikit contoh surat Syiekh kepada penduduk al-Qaseem :

"Saya percaya bahawa adalah wajib untuk mendengar dan menta'ati pemimpin Islam, samada mereka ini baik atau fasik, selama mana mereka tidak mengajak kepada ketidak patuhan kepada Allah. Sesiapa sahaja yang menjadi Khalifah dan rakyatnya memberi sokongan dan menerimanya, walaupun dia mendapatkan jawatan Khalifah melalui paksaan, hendaklah di ta'ati dan adalah haram memberontak terhadap dia" [Majmu'at Mu'allafaat al-Syiekh, 5/11].

Sekian, wassalam

خيرالأمين