SJ-13-0159 : minta tolong:khitan/sunat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0159 : minta tolong:khitan/sunat

Assalamualaikum...
saya ingin bertanya satu soalan. seorang kawan saya, beragama kristian baru2 ini teah memeluk agama islam atas kerelaan hatinya. dia mmg banyak melakukan pembacaan ttg agama islam dan akhirnya memeluk islam pada hujung febuari baru2 ini. die mengemukakan soalan kepada saya. perlukah die, sebagai muallaf untuk berkhatan. saya minta tempoh supaya dapat saya ajukan soalan ini. buat pengetahuan panel, beliau berusia 22 tahun, memeluk islam seorg diri dari keluarganya, masih belajar dan perlu bimbingan ttg islam. ape yg perlu saya katakan padanya? saya perlukan jawapan 'ya' atau 'tidak' beserta sebab. harap panel dapat membantu. sekian terima kasih

SJ-13-0159 : minta tolong:khitan/sunat

:wassalam

alJawab:

Hukum khitan adalah khilaf di kalangan fuqaha'. Muhaqqiq bermanhaj salafiyah spt alMuhaddith al-Albani (Tamam al Minnah/69) dan Muhammad Mukhtar alSyinqiti, ahkamul jirahah altibbiyah/168) menetapkan hukum khitan wajib kepada lelaki dan perempuan dan juga kepada mereka yg memeluk Islam walapun sudah dewasa.

Manakala Prof Dr al-Imam Yusof al-Qaradawi (Fiqh Taharah) memilih pendapat pertengahan yakni khitan adalah sunnah Syi'ariyyah (amalan yg membedzakan lelaki muslim dari non-muslim)

Dr Qardhawi menolak pendapat yg mengatakan wajib kerana dalil2 mereka semuanya tidak solid dan qat'iy (pemutus). Jika Nabi saw meneruskan syari'at Ibrahim, tidaklah didetailkan hingga kepada khitan kerana millah Ibrahim yg utama dan pertama ialah tawhid.
[Kita akan bahas dalilnya nanti dalam Syarah Fiqh Sunnah]

(thtl memilih tahqiq (analisa) alQardhawi dari tarjih yg lain)

Bagi penganut Kristian, amalan khitan ni bukanlah suatu yg asing kerana khitan adalah syari'at Ibrahim A.S (Abraham) yg amat dikenali oleh penganut Kristian dan Yahudi. Dalilnya, Firman ALlah SWT:
"Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): Ikutilah millah Ibrahim yang hanif." AQT anNahl: 123

Hukum: apakah mereka yg memeluk Islam mandatori (wajib) melakukan sunnah khitan?

Hukum wajib kepada saudara baru adalah terlalu keras dan tidak wajar kita memberitahu mereka demikian. Maka hendaklah dijelaskan ia bukanlah wajib cuma sunnah syi'ariyah sahaja. Dalam Fiqh Taharah, Qardhawi dalam kunjungannya ke Indonesia pada tahun 1970'an terkejut dengan amalan masyarakat Islam Indonesia yg mewajibkan rakyat peribumi yg memeluk Islam supaya berkhitan. Hukum yg keras ini menyebabkan ketua2 atau tok batin menjadi takut dan menyibarkan hukum wajib ini (kpd qaumnya), lalu mereka tidak jadi memeluk Islam. Maka alangkah ruginya!

Hukum saudara baru apakah mereka perlu khitan ini turut disentuh oleh Ibn Qayyim dalam Tuhfatul Maudud ( 120-121) , kata Ibn Qayyim, seorang yg masuk Islam ketika ia sudah dewasa, dia takut kebinasaan (dirinya) dengan khitan, maka hukum khitan gugur darinya.

----------------tambahan thtl:

Hari ini kebaikan khitan sudah dikenali oleh non-muslim dan semakin ramai orang Barat yg melakukannya. Kemudian zaman moden ini, ilmu perubatan telah menemui teknologi dan kaedah khitan yang amat canggih dan kesakitan telah dihapuskan seminima mungkin. Maka jika ia telah selesa dgn Islam, jika tiba suatu hari yg baik, elok juga dibisikkan kepadanya kebaikan khitan dan dia boleh berbincang dgn doktor bahawa teknik khitan tidaklah apa yg ditakutkan lagi spt di zaman dulu di mana kanak2 amat takut dgn sindrom Tok Mudim. itu semua sudah jadi sejarah.

sekian