SJ-13-0272 : Sambut harijadi ikut tarikh islam atau masihi??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0272 : Sambut harijadi ikut tarikh islam atau masihi??

salam

1]ape hukum sambut harijadi?

2]sambut pada tarikh islam atau masihi?

3]ramai yg mengaku salafi kt malaysia sambut harijadi anak dan ulang tahun perkahwinan mereka ikut kalender father gregorian.x caya boleh surf blog diaorg.bolehke?
nabi dan sahabat pun sambut birthday ke?

SJ-13-0272 : Sambut harijadi ikut tarikh islam atau masihi??

sekadar menjawab:

1- mengingati hari kelahiran adalah perkara yg sememangnya ada dalam adat semua bangsa termasuk bangsa arab ketika zaman Rasulullah SAW. namun mereka tidaklah sampai ke tahap mengadakan majlis khusus. dalam hal ini, tidak ada larangan khusus menghalang perkara ini diingati dengan pelbagai cara. ia termasuk dalam adat.

2- Rasulullah SAW sendiri di dalam hadith riwayat Muslim seingat saya, pernah menyebut bahawa hari isnin adalah hari kelahirannya ketika baginda ditanya tentang puasa pada hari isnin yang dilakukan oleh baginda. walaupun tidak disebutkan tarikh, tapi Rasulullah SAW mengingati hari itu adalah hari isnin. ada ulama yang menggunakan hadith ini utk menyatakan kita digalakkan melakukan ibdat seperti puasa pada hari kelahiran.

3- menggunakan tarikh Islam atau masihi sebenarnya tidak ada masalah kerana tarikh masihi berkaitan dengan diri Nabi Isa yg merupakan seorang nabi dan rasul. tarikh Islam lebih baik kerana ia tarikh yang digunakan dalam kehidupan Rasul dan sahabat.

4- utk kita mengingati hari kelahiran dengan mengadakan jamuan makanan, itu adalah perkara yg tidak disuruh dan tidak juga dilarang. mengadakan jamuan makanan scara umumnya pernah disifatkan oleh Rasul sebagai antara amalan paling baik dalam Islam (hadith Bukhari n Muslim).

5- kalau kita berkeras dalam isu ini, itu bagi saya adalah pendapat peribadi. utk kita menjadikan satu hukum cthnya 'Islam melarang kita menyambut hari jadi' adalah satu perkara yang perlu dibincangkan lagi dan saya sendiri tidak melihat ia sebagai satu perkara agama tp merupakan adat sahaja.

wallahu a'lam