SJ-14-0078 : hadis daging 40 hari?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0078 : hadis daging 40 hari?

salam kpd semua.

benarkah hadis ini.
iaitu nabi melarang umatnya makan daging dalam masa 40 hari.
i mean dalam masa 40 hari,hanya sekali sahaja makan daging.
maaf krn x dapat menyatakan matannya.
yg bercakap ttg hadis ini pun seorg ustaz juga.
mohon pencerahan.

SJ-14-0078 : hadis daging 40 hari?

salam kembali kpd anda,

Hadith 40 hari ni tak ada dalam penelitian saya, yg paling hampir ialah matannya spt di bawah:

æ ÅíÇßã æ áÍæãåÇ ¡ ÝÅä áÍæãåÇ ÏÇÁ

terjemahnya: Dari Ibn Mas'ood ra, " ...jauhilah daging lembu kerana sesungguhnya ia mendatangkan penyakit." [dikeluarkan oleh al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani, sahih al-Jaami', # 4061, Mulla ali al-Qari alHind, Syarh Musnad Imam Abu Hanifah]

Fiqh alHadith (pengajaran hadith):

Maksud hadith itu ialah jangan kerap makan daging lembu (red meat), bukan tak bagi makan langsung. Ini kerana Nabi saw menganjurkan korban haiwan dan baginda menyebut haiwan lembu boleh dijadikan haiwan korban. Ini bermakna boleh menyembelih lembu dan makan dagingnya, tapi bukan sekerap makan ikan dan ayam.
Makan daging lembu tidak boleh kerap dan jumlah yg banyak kerana terbukti dari sains nutritional (pemakanan), bahawa daging lembu membawa mudharat kepada kesihatan manusia.

Tapi tidaklah terperinci baginda menjelaskan cara nak makan daging, misalnya 40 hari sekali. Nabi saw dgn mukjizat yg beliau miliki telah mengetahui bahaya daging lembu mendahului pakar-pakar sains pemakanan. SubhanaLLah. sekian