SJ-2043: Solat Sunat-Kontroversi

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2043: Solat Sunat-Kontroversi

Assalamualaikum,

Mungkin kita mulakan dengan solat hajat/awwabin. JKK

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2043: Solat Sunat-Kontroversi

Jawab:

1. Solat Hajat
Hampir kesemua hadis mengenai solat Hajat adalah dha'ef, sangat dha'ef dan maudhu'.
a. HR Ahmad dari Abu Darda'. Dha'ef mungkar menurut azZahabi dan Albani (Tamamul Minnah/20)
b. HR Ibn Majah, Termidzi dan al_Hakim dari AbduLlah bin Abu Aufa. Ibn Jauzy, alMaudhu'at 2/140, Albani ( Dha'eef alJami'us Sagheer)
c. HR alMuwatta', atTabarani, adDailami dari Anas bin Malik. Ibn Jauzi meletakkan dalam alMaudhu'at 2/141
Hanya ada satu hadis saja yg sahih: HR atTermidzi, Ibn Majah, alHakim dan Ibn Khuzaymah dari Uthman bin Hunaif mengenai seorang buta yg datang menemui Nabi saw. Maka Nabi menyuruhnya solat dan do'a dlm bentuk tawassul.
Oleh kerana ada satu hadis saja yg boleh menjadi dasar utk solat Hajat dan dikelilingi oleh hadis2 lain yg dha'ef, amat dha'ef dan maudhu', maka solat Hajat ini statusnya kontroversi. Bersambung

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2043: Solat Sunat-Kontroversi

2. Solat Awwabin.
Solat Awwabin ialah solat Dhuha yg dikerjakan semasa matahari pada kadar setinggi tombak atau setinggi galah atau ketika kepanasan matahari yg menyebabkan anak2 unta bangun tidur kerana kepanasan. Mengikut kiraan moden ialah sekitar 8:30 pagi ke atas.
Solat Awwabin ini kontroversi kerana terdapat 6 pendapat mengenainya sebagaimana yg dikumpul oleh Imam alhafeedz Ibn Qayyim dalam kitabnya alHuda.
Pendapat 1: Ia sunnah berdasarkan hadis Bukhari-Muslim. Pendapat Jumhur
Pendapat 2: Ia tidak disyari'atkan kepada semua orang kecuali kepada beberapa sahabat spt Abu Dzar dan Abu Hurairah sahaja
Pendapat 3: Ia tidak digalakkan
Pendapat 4: Digalakkan sekali sekala sahaja
Pendapat 5: Digalakkan dikerjakan dirumah sahaja
Pendapat 6: Ia adalah bid'ah (Nailool Awtjor, 3/75-76)

Tahqeeqan dari Imam alHakim dan Imam Syuyuti, solat Dhuha/Awwabin ini thabit melalui hadis2 yg diriwayatkan dari lebih 20 orang sahabat. Pendapat Jumhur lebih rajih utk diikuti.
WaLlahu a'alam