SJ-2136: doa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
SJ-2136: doa

:D :salam

Seperti yg diterangkan sblm ini berdoa secara beramai2 selepas solat jemaah adalah bida'ah. Bagaimana pula doa musafir, naik kenderaan dan makan beramai? Pernahkah Nabi membuat amalan seperti ini? Adakah benar lagi ramai org mengAminkan dia lagi besar peluang untuk dikabulkan doa kita?

2. Menyebut Amiin stelah imam membaca fatihah adalah sunat. Saya ada juga dgr lagi kuat Amin itu lagi bagus. Betulke?

:grin:

:wassalam

Re: SJ-2136: doa

:wassalam
Jawab:
1. Amalan membaca do'a beramai-ramai ini bukan termasuk amalan Nabi saw (Imam asySyaatibi, alI'tisom, 1/352; Imam Ibn Qayyim, Zaad alMa'ad, 1/66; Imam Ridha, alFatawa, 4/1358) Lagi kuat laungan aamin berama-ramai itu tidak pernah diriwayatkan sebagai suatu asbab termakbulnya do'a. spt mana yg dijelaskan dalam kitab2 berikut: syarah sahih Muslim, 15/144; syarah sunan atTermidzi, 9/328; Fathul Bari 1/218.

2. Kadar mengemundangkan Amin itu juga memerlukan contoh dari asSunnah. Tidak ada nas yg meriwayatkan demikian (lagi kuat Amin, lagi bagus), kadar sebutan Nabi saw sebagaimana riwayat Imam Abu daud dan Ibn Majah dari Abu Huraira ra, Nabi saw menyebut Aamin hanya dapat di dengar oleh sahabat2 yg berada di saf pertama sahaja. Dua madzhab utama: hanafi dan maliki sunat memperlahankan laungan Aamin. Fiqh Islami, Jld 1. WA