SJ - 2140 : DAKWAH KEPADA ORG YG LEBIH TUA

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2140 : DAKWAH KEPADA ORG YG LEBIH TUA

Assalamualaikum.w.b.t

1)Ustaz saya nak tanya bagaimana cara yang sebaiknya untuk berdakwah kepada org yg lebih tua dr kita atau pun Ibubapa.

Ini kerana mereka lebih tua dr kita jadi banyak batas2 atau teknik2 yang lebih elok.

2)Bagaimana plak dengan cara begini anak tidak berani menegur hanya berdoa supaya Allah membuka pintu hati mereka /hidayah dan juga dengan cara melakukan amal kebajikan/ibadat di depan mereka supaya dengan cara ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka.

Soalannya. Cara terbaik memandangkan anak/org muda nak menegur ibubapa/org dewasa.Adakah cara (no.2) itu sesuai sebab dia merasa ilmu sedikit dan dia merupakan orang muda/anak yang kecil sekali

Re: SJ - 2140 : DAKWAH KEPADA ORG YG LEBIH TUA

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan Saudara MATbLINK tersebut . Tidak dapat dinafikan , dakwah merupakan satu kefardhuan ke atas semua umat Islam , dan batas dakwah seseorang muslim itu juga bergantung kepada sejauh manakah seseorang muslim itu menguasai alat-alat dakwah.

Alat-alat dakwah itu pula ada berbagai-bagai , di antaranya ialah dengan cara menggunakan lisan seperti berceramah , bertazkirah , berkhutbah , berpidato , berbincang , bersembang-sembang dan bercakap . Maka selagi seseorang itu boleh menggunakan lisannya ( boleh bercakap ) , maka wajib ke atasnya menggunakan mulutnya itu ke arah menyeru ( dakwah ) manusia ke jalan Allah Ta’ala .

Wasilah-wasilah lain pula ialah dengan menggunakan saluran media-massa seperti t.v , radio , vcd, video , akhbar-akhbar , majalah-majalah , ruangan-ruangan web internet seperti al-ahkam.on-line ini dan seumpamanya .

Selain itu juga , bermu’amalah ( bergaul ) dengan masyarakat dengan akhlak yang mulia merupakan senjata utama yang menyumbang ke arah terhasilnya sesebuah dakwah itu . Tepatlah pepatah Arab yang mengatakan :


áÓÇä ÇáÍÇá ÃÝÕÍ ãä áÓÇä ÇáãÞÇá


Ertinya : “ Pertuturan yang direalisasikan oleh perbuatan / akhlak itu lebih fasih ( lebih memberi kesan ) daripada pertuturan yang diucapkan dengan lidah semata-mata “

Dakwah yang dituntut adalah sbg mana firman Allah Ta’ala :


ÇÏúÚõ Åöáöì ÓóÈöíáö ÑóÈøößó ÈöÇáúÍößúãóÉö æóÇáúãóæúÚöÙóÉö ÇáúÍóÓóäóÉö æóÌóÇÏöáúåõã ÈöÇáøóÊöí åöíó ÃóÍúÓóäõ Åöäøó ÑóÈøóßó åõæó ÃóÚúáóãõ Èöãóä Öóáøó Úóä ÓóÈöíáöåö æóåõæó ÃóÚúáóãõ ÈöÇáúãõåúÊóÏöíäó


Ertinya : Serulah ( manusia ) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan bimbingan yang baik. Dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu Lebih Mengetahui siapakah yang sesat daripada jalan-Nya dan Dia Lebih Mengetahui mereka yang mendapat pimpinan “ ~ Surah An-Nahl : Ayat 125

****************************************

( 1 ) – Setiap manusia ada keegoannya . Tidak kira sama ada dia seorang yang tua ataupun tidak , yang terpelajar ataupun tidak , lelaki ataupun sebaliknya , yang kaya ataupun tidak . Pendek kata : Setiap manusia itu ada egonya . Maka di sini, perlulah seseorang pendakwah itu mengenali ego sasaran dakwahnya dan seterusnya apabila dikenal-pasti kelemahan orang itu , barulah boleh dicucuk dengan suntikan dakwah Ilahi.

Orang tua akan ego apabila dihadapi oleh seorang pendakwah yang muda. Biasalah tu , dah memang tabiat manusia . Akan tetapi , dengan orang-orang tua bukanlah sesuai diajak berdebat ataupun bertengkar kecualilah kalau seseorang tua itu telah bersedia untuk diajak berbincang ataupun berdebat.

Cadangan saya ialah , saudara ( dan kita semua ) mestilah menggunakan pula seseorang yang sebaya dengan orang tua tersebut ataupun orang yang dihormati sangat oleh si dia , demi “ membenamkan “ egonya dan seterusnya menyuntik dakwah ke dalam hatinya .

Samalah seperti seorang anak yang mahu menegur bapa kandungnya . Kalau terasa malu untuk berhadapan dengan ayahnya itu , maka gunakanlah ibunya ( isteri ayahnya ) , ataupun adik-beradik ayahnya ataupun bapa ayahnya ( datuk ) sebagai “ orang tengah “ untuk melaksanakan dakwah tersebut . Sudah pasti , si dia itu walaupun masih ada egonya , akan tetapi dia lebih terbuka untuk menerima apa-apa yang disampaikan oleh orang-orang tersebut , berbanding dengan apa yang diucapkan secara langsung oleh anaknya.

Cadangan lain lagi ialah : LIHATLAH KISAH DI BAWAH INI DAN PELAJARINYA BAIK-BAIK ! :

[="purple"] Pada suatu hari , Saidina Hassan ( r.a ) dan Saidina Hussein ( r.a ) melihat seorang tua mengambil wudhuk dengan cara yang tidak betul. Akan tetapi , kedua-dua orang cucu Baginda Rasulullah s.a.w yang mulia ini tidak tahu bagaimanakah cara sebaiknya untuk mereka berdua ( r.a ) menegur orangtua tersebut . Akhirnya , mereka ( r.a ) menemui sebuah cara terbaik untuk menegur orang tua tersebut dan sekaligus menjalankan usaha dakwah kepadanya .

Mereka berdua ( r.a ) pun berpura-pura bertengar sesama sendiri di dalam menentukan wudhuk siapakah yang paling betul dan paling sesuai dengan ajaran Baginda Rasulullah s.a.w .

“ Wudhukmu tak betul ! “.

“ Apa pulak aku ?, wuhduk kau tu yang tak betul ! “ .

Lalu kedua-dua cucu Baginda Rasulullah s.a.w yang mulia itu pun meminta agar si datuk ( orang tua itu) menjadi pengadil di antara kedua-duanya ( r.a ) . Maka berwudhuklah mereka berdua ( r.a ) dengan diperhatikan oleh orang tua itu.

“ Wudhuk siapakah yang paling betul di antara kami berdua ini wahai datuk ! “ ; tanya kedua-dua mereka ( r.a ) .

“ Wudhuk kamu berdua ini sama-sama betul belaka, tapi wudhuk akulah yang tak betul. Oleh itu akulah yang patut belajar cara mengambil wudhuk yang betul daripada kamu berdua “ ; kata orang tua itu . [/]

****************************************

( 2 ) – Seseorang anak itu tidaklah boleh berputus-asa daripada menegur orang tuanya yang tidak betul . Kalau tidak berani bersuara di hadapan orang tuanya itu , maka hendaklah diusahakan pula dengan cara memberikan contoh teladan yang terbaik dan contoh teladan lebih memberi kesan positif bagi seseorang pendakwah ( sebagai mana pepatah Arab di atas ) .

Ada banyak cara sebenarnya untuk berdakwah kepada golongan yang lebih tua daripada kita dan terpulanglah kepada kita untuk memilih mana satukah wasilah yang akan kita gunakan , selagi ianya selari dengan contoh-contoh daripada Al-Quran dan As-Sunnah , serta bersesuaian pula dengan masa dan keadaan .

Masalah seperti itu lebih molek kalau dibicarakan secara “ one by one “ dengan mereka yang berpengalaman di bidang dakwah dan saudara di sarankan untuk membaca sebanyak mungkin buku-buku dakwah dan gerakan Islam , kerana dakwah tidak akan tersebar dengan baik melalui seorang pendakwah yang kurang kemampuannya ( ilmunya dan tenaganya ) .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 – HIMPUNAN KISAH-KISAH LUCU : 2002 SENYUM
Oleh : A. K Alang Jaafar
Terbitan : Darul Nu’man

2 – USUL AD-DAKWAH
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Abdul Karim Zaidan
Terbitan : Muassasah Ar-Risalah , Beirut.
( Kalau tak silap saya kitab ini telah diterjemahkan ke dalam B. Indonesia – Buku ini sangat baik ! ) .

3 – APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM ?
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Fathi Yakan
Penterjemah : Al-Fadhil Prof. Madya Alias Othman ( UM )
Terbitan : Pustaka Salam , KL .
( Lihat di nota ke – 2.5 : Saya Mestilah Mengetahui Cara-Cara Beramal Dengan Islam Dan Kenapa Mesti Berada Di Dalam Gerakan Islam ? – halaman 207 )

4 – BEKALAN PARA DA’IE
Himpunan Risalah Al-Irsyad : Mahasiswa Islam Jordan
Terbitan : Pustaka J.C.C , P.O Box 2288, Yarmouk University, 211-63 , Irbid, Jordan


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
27 / Syawal / 1423 H
02 / Januari / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum