SJ-2146: Kencing X Tus

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2146: Kencing X Tus

Assalamualaikum Wmt Wkt tuan panel,

Adakah boleh seorang pengidap kencing tak tus menggunakan kondom yang dibuat dari getah sebagai menegah air kencing dari terkena pakaian. Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2146: Kencing X Tus

:wassalam
Jawab:

Condom itu digunakan bila zakar (penis) menegang. Jika digunakan dalam keadaan zakar pada tahap biasa, condom itu tidak fit dgn zakar. Oleh kerana condom diperbuat dari getah asli, dikhuatiri zakar akan naik rash (merah-merah dan gatal atau kulit zakar melecet) kerana tidak ada aliran udara. Sebab itu kita digalakkan memakai underwear dari 100% cotton supaya ada aliran angin yg mencukupi bagi kawasan sulit itu.
penyakit kencing tidak lawas (daimul baul) ini suatu penyakit yg dikenalpasti puncanya. Terdapat pelbagai kaedah rawatan, kami syorkan mengambil ubatan herba dari ekstrak Saw Palmetto. Ada pelbagai brand yg menjual ubat ini antaranya Solaray, 21st Century, Bio-Life; atau dapatkan nasihat dari pakar perubatan.
Bagi kehidupan harian anda, anda hendaklah sentiasa membawa kain pelikat (buatan Indonesia dalam plastik berzip) ke mana sahaja. Ini lebih baik dari menggunakan condom (lebih menjimatkan kos) WA