SJ - 2802 : Solat sunat selepas Subuh

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2802 : Solat sunat selepas Subuh

Assalamualaikum.
Adakah benar selepas sembahyang fardhu subuh, tidak dibenarkan lagi sembahyang sunat. Bolehkah kita buat sembahyang sunat yg lain selain drp sunat rawwatib (selepas) subuh. Jika tidak boleh, sampai bila atau pukul berapa yg dibenarkan utk kita solat sunat semula ? Macammana dgn solat sunat isy'raq (kalau tak salah eja) dan sunat dhuha yg kedua-duanya adalah selepas waktu subuh ?

semutapi (not verified)
Re: Solat sunat selepas Subuh

:salam
Alhamdulillah, setahu saya yg jahil ini,tidak ada lagi solat sunat rawatib selepas solat Fardu subuh hinggalah naik matahari. Kenapa? Kerana Rasulullah s.a.w tidak melakukannya, kenapa selepas itu ada? Kerana Rasulullah s.a.w melakukannya. Sebagaimana yg diriwayatkan maksud sabda nabi " Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang". Waktu utk solat sunat Duha ialah;

Sheikh Ibnu Utsaimin didalam Al-Sharh al-Mumti’(4/122) menyatakan bahawa waktu solat Duha ialah :
ãä ØáæÚ ÇáÔãÓ æÇÑÊÝÇÚåÇ Åáì ÞÈíá æÞÊ ÕáÇÉ ÇáÙåÑ . ...

".... dari Terbit matahari pada ketinggian tertentu sehingga sebelum waktu Solat Zohor"

Dengan ertikata lain, beliau mengatakan bahawa waktunya kira-kira :
ÈÚÏ ÔÑæÞ ÇáÔãÓ ÈÑÈÚ ÓÇÚÉ Åáì ÞÈíá ÕáÇÉ ÇáÙåÑ ÈÚÔÑ ÏÞÇÆÞ

"Selepas naik matahari 1/4 jam sehingga 10 minit sebelum zohor"

Manakala solat sunat Isyraq adalah solat sunat Duha..berikut adalah petikan dari jawapan Al-Ahkam sendiri..
Solat Sunat yang dilakukan pada waktu pagi selepas terbit matahari. Ulama'-ulama' mengatakan bahawa kedua-dua Solat ini sama sahaja, ia tidak berbeza, dimana Solat Isyraaq juga menunjukkan Solat Duha. Solat Israaq ialah merupakan Solat Duha yang dilakukan sebaik sahaja matahari terbit di ketinggian tertentu dengan istilah "SURUUQ" (ÔÑæÞ). Sheikh Abdul Aziz bin baaz (majmu' fataawa, 11/401) mengatakan :
ÕáÇÉ ÇáÅÔÑÇÞ åí ÕáÇÉ ÇáÖÍì Ýí Ãæá æÞÊåÇ .

"Solat Isyraaq ialah Solat Duha diawal waktunya"

Menurut seorang ulama Saudi terkenal, Sheikh Saami Majid mengatakan beliau tidak berjumpa dengan sejenis solat yang berasingan yang dinamakan Solat Al-Israaq, melainkan ia dinamakan dari Solat Duha. Jelas beliau :
áÇíÚÑÝ Ýí ÇáÔÑÚ ÕáÇÉ ãÓÊÞáÉ ÊÓãì ÕáÇÉ ÇáÅÔÑÇÞ ¡ æÅäãÇ æÑÏ ÊÓãíÉ ÕáÇÉ ÇáÖÍì ÈÕáÇÉ ÇáÅÔÑÇÞ

"Tidak diketahui didalam syara' Solat yang bersendirian dinamakan Solat Isyraaq, dan sesungguhnya Solat Israaq itu datang dari nama Solat Duha".

Maka kesemua waktu diantara terbit matahari dan sebelum waktu Zohor dipanggil waktu Duha.

Sheikh Abdul Aziz Bin baaz (Majmu' fatawa 11/395) mencadangkan bahawa:
æÇáÃÝÖá ÕáÇÊåÇ ÈÚÏ ÇÔÊÏÇÏ ÍÑ ÇáÔãÓ áÞæá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã :
( ÕáÇÉ ÇáÃæÇÈíä Ííä ÊÑãÖ ÇáÝÕÇá ) ÑæÇå ãÓáã ( 748 )

"Seafdal-afdal Solatnya ialah selepas matahari menjadi panas, dimana Nabi saw bersabda :'Solat Al-Awaabeen semasa Unta muda merasakan panas (akibat matahari yg panas)'. Hadith riwayat Muslim#748.

Hadith ini juga menujukkan juga bahawa nama lain bagi Solat Duha ialah Solat Awaabiin.

Wallahualam, :wassalam

Re: SJ - 2802 : Solat sunat selepas Subuh

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima Kasih sdr Semutapi yang membantu kami menjawab soalan diatas.

Benar apa yang sdr Semutapi nyatakan diatas, tidak ada solat sunat selepas Subuh kerana Nabi tidak melakukan. Sebagai tambahan, ruang lingkup waktu Solat sunat ini juga dijelaskan oleh hadith Nabi saw yang riwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Sa'id al-Khudri mengatakan bahawa beliau mendengar Nabi saw bersabda :

[="#800000" size="3"]áÇ ÕáÇÉ ÈÚÏ ÇáÕÈÍ ÍÊì ÊØáÚ ÇáÔãÓ¡ æáÇ ÕáÇÉ ÈÚÏ ÇáÚÕÑ ÍÊì ÊÛíÈ ÇáÔãÓ
"Tidak ada Solat selepas Subuh sehingga terbitnya matahari dan tidak ada Solat selepas Asar sehingga terbenamnya matahari"

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa, Solat sunat hanya boleh dilakukan hanya selepas Terbitnya matahari. Cuma terdapat beberapa solat yang diberi pengecualian dilakukan ketika itu atas sebab 'terdahulu' atau sebab 'ikut serta' seperti Solat Tahiyat al-Masjid, Solat Minta Hujan, Solat Jenazah, Solat Gerhana dan Solat Qadho' atau dilakukan oleh sebab terlupa atau tertidur.

Perbincangannya boleh dilihat di url dibawah :

SJ - 2801 : Solat Jamaah atau solat sunat subuh 2

Solat Sunat selepas matahari terbit dinamakan sebagai Solat Sunat Isyraaq, atau Duha, atau pun sunat Awwabin. Waktunya menurut Bekas Mufti Saudi, Sheikh Ibn Utsaimin ialah :

[="#0000ff" size="3"]ãä ØáæÚ ÇáÔãÓ æÇÑÊÝÇÚåÇ Åáì ÞÈíá æÞÊ ÕáÇÉ ÇáÙåÑ . ...
".... dari Terbit matahari pada ketinggian tertentu sehingga sebelum waktu Solat Zohor"

Lebih kurang dalam lingkungan 15 minit setelah matahari naik. Perbincangannya anda boleh lihat didalam Soal-Jawab dibawah ini :

SJ - 2763 : Solah Isyrak dan Solah Duha

Moga-moga jawapan ini dapat membantu, Insyaallah.

wallahu' alam, wassalam

Rujukan :

1. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 1. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

خيرالأمين