SJ - 2949: [Z] Cara - cara untuk rujuk?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2949: [Z] Cara - cara untuk rujuk?

:salam
1) sebelum ini saya pernah melafazkan lafaz taklik kepada isteri saya dengan mengatakan`jatuh talak 1 kalau awak masih menjalinkan hubungan dengan si polan sama ada dgn pengetahuan abg atau tanpa pengetahuan abg'. Kemudian dia mengaku yg lelaki terbabit masih menghubunginya..saya terangkan padanya talak yg telah saya lafazkan telah jatuh dan dia menangis dan merayu memohon ampun pada saya..persoalannya bolehkan lafaz taklik tersebut saya tarik balik?
2)Bagaimanakah caranya untuk menarik balik lafaz taklik tersebut?
3)Cukupkah dengan cara mengatakan `baiklah abg rujuk balik dengan awak' bermakna saya dan isteri saya sudah sah kembali sebagai suami dan isteri?
saya harap ustaz dapat membantu saya dengan secepat yg mungkin...

wassalammm....

Re: cara - cara untuk rujuk?

Cuba baca Jawapan Tuan Guru THTL di bawah mengenai taklik:

SJ 2806 CERAI TAKLIK

Nota
1. Apabila taklik dilanggar, maka telah jatuh talak mengikut jumhur fuqaha mazhab arba'ah. Tempoh menarik balik taklik hanya boleh dilakukan sblm kejadian tersebut berlaku.

Saranan saya hendaklah saudara merujuk perkara ini kpd pihak mahkamah utk ditentukan hal selanjutnya. Nikah Cerai Rujuk mesti didaftar di pejabat agama di bawah enakmen pentadbiran undang2 Islam. Ini adalah utk kemudahan anda di masa hadapan.

2. Rujuk spt itu adalah sah. tapi perlu juga anda melaporkan kpd pihak yg berwajib.

Wassalam.

Re: SJ - 2949: [Z] Cara - cara untuk rujuk?

:wassalam
Tahqeeqan.

JKK pada Ust Z kita yg begitu aktif membantu SJ Fiqh di Ahkam.
Sebelum anda mengikuti nasihat Ust Zayed utk pergi ke pejabat Pendaftar Nikah-cerai-rujuk, kami ingin pastikan sekali lagi.

Pertama:
Lafaz Taklik ini ada pendapat yg sama kuat: pendapat Jumhur dan Pendapat Minoriti.
Katakan setelah anda meneliti pendapat minorti dan yakin dgnnnya, maka lafaz Ta'liq itu NULL & VOID.
Jika anda masih menerimapakai pendapat Syafi'iyah, talaq belum gugur kerana terdapat kekeliruan.
Kita lihat di manakah kekeliruan itu:
"Kemudian dia mengaku yg lelaki terbabit masih menghubunginya"

Kemudian kita bandingkan dgn statement lafaz ta'liq anda:
"`jatuh talak 1 kalau awak masih menjalinkan hubungan dengan si polan sama ada dgn pengetahuan abg atau tanpa pengetahuan abg'."

Apa yg sebenarnya berlaku ialah BUKAN isteri anda yg meneruskan hubungan, tapi lelaki itulah yg menghubungi isteri anda.
Jika anda pasti isteri anda juga menghubungi lelaki itu, dan anda mengikuti HUKUM JUMHUR, maka kami sarankan ikutilah saranan Ust Zayed. Anda dalam masalah yg BESAR. Anda boleh didenda kerana berlaku perceraian di luar mahkamah. WA