SJ - 3068: [Z] Asal Usul Perkataan Tarawikh

Primary tabs

7 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3068: [Z] Asal Usul Perkataan Tarawikh

Assalamu'alaykum wmt wbrkt.

Bolehkah ahli panel al-ahkam terangkan asal usul perkataan tarawikh ini. Berdasarkan hadith sholat sunat ini dikenali sebagai "qiyyamu ramadhan".

Wassalam.

Re: Asal Usul Perkataan Tarawikh

:salam

Dlm satu ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, orang melayu menisbahkan perkataan tarawih ini kepada bulan ramadhan sahaja. Sebenarnya itu tidak benar. Seperti yang saudara sebut, dlm hadith hanya menyebut qiyam di bulan ramadhan.

Makna tarawih adalah berehat selepas membaca surah panjang dalam sembahyang. Misalnya satu malam dibaca satu juzuk dan sepanjang Ramadhan sudah tentu sebuah al Quran dapat dibaca. Bila kita baca panjang sudah tentu rasa letih dan selepas dua rakaat berhenti sekejap. Dalam masa berhenti, ulamak khuatir takut menjadi amalan berbual pula, maka alim ulamak nusantara menganjurkan diadakan bacaan selawat yang dapat kita perhatikan dlm amalan masyarakat melayu.

Saya hanya menyebut asal usul sahaja tidak semestinya saya menyetujui sebagaimana yang diamalkan oleh segelintir orang.

:wassalam

fakhrudin (not verified)
Re: Asal Usul Perkataan Tarawikh

Oleh kerana perkataan "Tarawikh" ini bukan disandarkan kpd hadith nabi saw, maka apakah niat yg paling tepat untuk kita
hadhirkan dihati apabila menunaikan sholat sunnat ini ?

aznanhamat (not verified)
Re: Asal Usul Perkataan Tarawikh

assalamualaikum,

Tarawih bukan tarawikh...

wassalam

Re: SJ - 3068: [Z] Asal Usul Perkataan Tarawikh

:wassalam
Tarjeeh/Tahqeeq

Tarawih (bukan tarawikh) ialah kalimah jamak (plural) dari kata 'tarwihah'. Menurut kamus ialah duduk istirehat, maka solat tarawih ialah solat yg diselangseli dgn rehat. (alMu'jam alWasit, Dar alFikr: 1/380)
Menurut istilah agama pula, solat tarawih ialah solat sunat malam hari yg khusus dilakukan pd malam Bulan Ramadhan, dilakukan selepas solat Isya'.

Istilah solat tarawikh ini tidak ujud pd zaman Nabawi dan kalau kita kata Nabi saw tidak pernah solat tarawih pun boleh diterima (secara humor).

Solat tarawih hari ini dikenali dgn solat sunat Qiyam Ramadhan di zaman Nabawi (Imam alBukhari, alSahih, 1/342)

Istilah solat tarawih ini dikatakan berasal dari isteri baginda, Aisyah ra. HR alBaihaqee dari Aisyah raa," Nabi saw solat malam empat raka'at, kemudian yatarawwah (berihat), kemudian menyambung solat lagi (dgn lama kadarnya)." (asySyun'ani, Subulus Salam: 1/11, Darul Fikr) WA

Re: Asal Usul Perkataan Tarawikh

Quote:
Oleh kerana perkataan "Tarawikh" ini bukan disandarkan kpd hadith nabi saw, maka apakah niat yg paling tepat untuk kita
hadhirkan dihati apabila menunaikan sholat sunnat ini ?

Jawab:
Solat Qiyam/solat Qiyam Ramadhan/Solat Tarawih pun semuanya Harus, bahkan hanya meniat solat sunat pun harus kerana semuanya membawa mafhum kepada solat sunat utk menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan. Nama dan istilah tidak penting, tapi anda tahu solat itu apa signifikannya. WA
Rujuk pada perbahasan atau SJ kami sebelum ini pada bab Niat.

Re: SJ - 3068: [Z] Asal Usul Perkataan Tarawikh

Assalamu'alaikum. Ramadhan Mubarak!

Kamin cuba nak mencelah sedikit, seperti yg dikatakan oleh Al-Fadhil Ketua Panelist Fiqh Al-Ahkam, Ustaz Thtl, bahawa perkataan Tarawih atau Taraawiih [="#0000ff" size="5"](ÊóÑóÇæöíÍ ) ialah plural/jamak dari perkataan Tarwiihatun/Tarwiihah [="#0000ff" size="5"](ÊóÑúæöíÍóÉ ). Ia juga berhubung kait dengan perkataan didalam Arab "Istiraahatun/Istiraahah (noun)" [="#0000ff" size="5"](ÇöÓúÊöÑÇÍóÉ) dan "Istiraahah/Istiraah" [="#0000ff" size="5"](ÇöÓúÊóÑóÇÍó) yang membawa makna "waktu yang tiada aktiviti = rehat", atau orang Melayu kata beristirehat. Dari segi istilah bahawa sudah menunjukkan terdapatnya unsur berehat-rehat didalam menunaikan Qiam Ramadhan.

Dari segi Fiqh pula, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar, Shiekh Atiyah Saqr berkata : yang dinamakan Taraawiih ialah :-

[="#0000ff" size="3"]áÃä ÝíåÇ ÊÑæíÍÉ Ãí: ÇÓÊÑÇÍÉ Èíä ßá ÑßÚÊíä¡ Ãæ ÃÑÈÚ ÑßÚÇÊ ßÇäæÇ íÓÊÑíÍæä
"kerana sesungguhnya didalamnya ada berehat : iaitu BREAK diantara setiap 2 rakaat, atau 4 rakaat, akan didapati mereka berehat".

wallahu'alam. wassalam.

Rujukan :
=======
1. Sheikh Atiyah Saqr. [="#800000" size="3"]ÞíÇã ÑãÖÇä . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=39305

خيرالأمين